Posted in

10 LALUAN SYAITAN

10 laluan syaitan

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku “Apa ertinya saya menganut agama Islam “

hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah:

Beliau berkata: ” kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu

memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan

memasukinya dari 10 pintu:

Pertama :

TAMAK DAN BURUK SANGKA

lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua :

CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN

lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga :

CINTAKAN NIKMAT

lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan

hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat :

KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.

Kelima :

MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA

lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam :

HASAD DENGKI

lantas aku menghadapinya dengan sifat qana’ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh :

RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA

lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan :

BAKHIL

lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan :

TAKABBUR

lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu’.

Kesepuluh :

TAMAK

lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS
SEGALA TIPU DAYA
MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH…………….

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *