Bahan-bahan:- (akak guna loyang 8″x8″)
-
250gm mentega/marjerin
-
3/4 cawan gula caster
-
2 cawan tepung naik sendiri
-
5 biji telur gred A (akak guna gred B je)
-
1 cawan pisang yg dilecek (akak lebihkan 1 1/4 cawan)
-
1/2 sudu teh soda bikarbonat
-
1 sudu teh esen vanila
-
150gm coklat masakan – diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
Cara Membuat:--
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
-
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
-
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
-
Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
-
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
-
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
-
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
-
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit. (*Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup).