Ni sarapan pagi tadi…ada sikit angin M lagi pagi ni..hehe..nak kena warming-up dulu..Resepi asal dari Allrecipes.com tapi Ummi ceduk dari dapur Jeni nih…Thanks ya Jeni, katanya antara resepi terlaris di Allrecipe..memang lembut dan sedap!!!Bahan:-
-
1 1/2 cawan tepung
-
3 1/2 sudu teh baking powder
-
1 sudu teh garam (Ummi pn letak 1/2 sudu teh je)
-
1 sudu besar gula (Ummi letak 2 sudu besar)
-
1 1/4 cawan susu segar (Ummi letak 1 3/4 cawan jg sebab Jeni kata sukatan asal pekat sangat adunannya)
-
1 biji telor
-
3 sudu besar mentega – dicairkan
-
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
-
Ayak tepung, baking powder, garam dan gula. (Ummi ayak tepung n baking je, garam dan gula letak kemudian semasa mengadun)
-
Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telor dan mentega cair.
-
Kacau hingga semuanya sebati.
-
Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas dan tuangkan 1 senduk adunan atau sebesar mana yang mahu.
-
Lapisan atas akan berlubang-lubang semasa dimasak.
-
Bila dilihat adunan bawah sudah kuning keemasan, terbalikkan pancake. Biar seketika dan angkat.
-
Hidangkan dengan pancake syrup atau apa2 jem kegemaran.