Posted in

petanda seseorang memiliki Saka

SAKA dikaitkan dengan dengan mewarisi jin yang membOlehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib , seperti memiliki kecantikan , kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh ..Hukum mewarisi dan menggunakan saka ini adalah HARAM di sisi Islam . Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu pemilik saka ..Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin . Sama ada dibela , dibuat sahabat secara sedar atau tidak Oleh pemiliknya .. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merOsakkan kehidupan seseOrang .. Maka , penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka ..Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya .. Contohnya daripada ibu atau bapa , kepada anak .. Daripada datuk atau nenek kepada salah seseOrang daripada cucunya , ataupun sesOrang dalam lingkungan keluarga .. 
Petanda seseOrang mempunyai saka : 
gejala waktu tidur
  • susah tidur malam
  • sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas atau takut
  • mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta tOlong tetapi tiada siapa mendengarnya
  • mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan
  • mimpi melihat binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala dan tikus .
  • bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • ketawa , menangis , dan menjerit2 ketika tidur
  • mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • mimpi berada di kawasan kOtor atau di tanah perkuburan
  • mimpi melihat budak kecil
  • merintih dan menangis ketika tidur
gejala waktu jaga
  • selalu pening kepada
  • lalai mengingati Tuhan
  • sering lesu dan malas
  • rasa sakit di salah satu anggOta badan
  • sakit di belakang terutamanya tulang belakang
  • lenguh sendi2 utama
  • mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
  • mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
  • jiwa sentiasa lemah dan tiada mOtivasi untuk meneruskan hidup
  • mudah marah dan panas baran
  • emOsional dan terlalu sensitif
  • terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur
  • sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
*syaitan akan pastikan manusia yang mewarisi sesat ketika sampai ajal mereka .
pada mula ia kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya ,
tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *