Facebook adalah laman web rangkaian sosial yang terbaik di mana orang dapat berbual dengan rakan-rakan mereka, berkongsi perkara kelakar, gambar dan lain-lain lagi. Dewasa ini, hampir setiap pengguna Facebook dapat menggunakan akaun mereka untuk untuk mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan jualan produk mereka serta setiap hari kira-kira 600,000 akaun digodam oleh pihak yang tertentu. Ini menunjukkan bagaimana serangan besar-besaran berlaku di facebbok. Oleh itu langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil dengan segera.
- Untuk Mencuri Maklumat anda: Moto utama di sebalik mengodam akaun anda ialah mereka ingin mencuri maklumat. Hal ini kerana Facebook adalah tempat di mana anda berinteraksi dengan setiap orang dan membincangkan pelbagai isu seperti hal peribadi, tawaran perniagaan, Pendidikan dan sebagainya. mungkin ada segelintir orang yang mungkin ingin tahu rahsia anda mahupun tentang kehidupan Peribadi anda / Profesional akan cuba untuk menggodam akaun anda atau mengupah mana-mana pakar untuk menggodam akaun anda.
- Untuk merosakkan Reputasi Perniagaan anda: Untuk segelintir orang, Facebook bukan sekadar laman rangkaian sosial tetapi merupakan suatu platform yang besar bagi ramai orang untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka dan mendapatkan populariti yang luas dalam hanya masa yang singkat. Malah bagi seorang blogger seperti saya, akaun Facebook saya adalah sangat berharga bagi saya kerana ia adalah salah satu sumber trafik utama untuk blog saya. jika akaun tersebut mendapat digodam maka saya akan kehilangan Facebook Fanpages dan banyak kumpulan lain yang dikaitkan dengan akaun tersebut.
- Hanya Untuk Suka-Suka: ya. ada segelintir hacker yang saja-saja hack facebook tanpa sebarang tujuan. bunyi macam pelik tetapi itulah kebenarannya. Penggodam ini hanya menggodam akaun Facebook orang lain secara rawak untuk bersuka ria dan menunjukkan kemahiran yang telah mereka pelajari. Mempunyai semangat dan keghairahan untuk menjadi seorang hacker adalah tidak salah. Tetapi janganlah menyalahgunakan kemahiran anda dengan cara yang salah.
Walaupun terdapat beratus sebab-sebab lain mengapa Facebook anda boleh digodam, tetapi apa yang saya dinyatakan di atas ini adalah diantara beberapa sebab biasa mengapa kebanyakan akaun facebook mereka digodam.
Adakah Pihak Facebook memberikan jaminan Keselamatan yang Baik kepada semua penggunanya?
- Jawapannya adalah Ya . Pihak Facebook amat bimbang akan keselamatan para penggunanya.Walaupun privasi tidak begitu ketat di Facebook tetapi langkah-langkah keselamatan yang ditawarkan adalah sangat tinggii. adalah sangat sukar untuk menggodam akaun Facebook seseorang melainkan jika dan sehingga pengguna Facebook mengabaikan beberapa langkah-langkah keselamatan dan jatuh ke dalam perangkap penggodam tersebut.
Langkah-langkah untuk Melindungi Akaun Facebook Anda:
- 1)Penggunaan Kata Laluan Yang Kuat
- 2) Sediakan Soalan Keselamatan yang kuat. (Set Up Very Strong Security Question)
- 3) Hidupkan Pelayar Yang selamat. (Turn On Secure Browsing)
- 4) Tetapkan Kata Laluan yang berbeza untuk Penggunaan Applikasi:
.Untuk menetapkan Kata laluan bagi permohonan APP pergi ke App Password dan klik pada Generate.
- 5) Sembunyikan E-mail anda.



