HALIA BENTONG CECAH RM30 SEKILOGRAM… hebat, begitulah tajuk sebuah akhbar tempatan baru-baru ini iaitu akhbar KOSMO!. Halia Bentong merupakan sejenis tanaman umbisi yang telah lama dilakukan oleh pekebun-pekebun kecil di Daerah Bentong, Pahang sejak berpuloh tahun dulu. Halia ini mendapat nama ‘Halia Bentong’ kerana kualitinya dan kaedah penanamannya dikawasan tanah tinggi berbukit bukau sehingga menerima anugerah peringkat dunia iaitu sebagai ‘Geographical Indentification’ untuk jenis halia dari kawasan ini. Kini halia menjadi ramuan penting di dalam hidangan sup dan herba membuatkan halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale bernilai tinggi malah membuka pasaran eksport ke luar negara seperti China. Tanaman dari keluarga Zingiberaceae ini perlukan masa selama setahun untuk dituai dan tanah tersebut kemudian ditinggalkan untuk penanaman berikutnya. Akibat dari harga dan permintaan yang hebat maka ia telah memberi inspirasi kepada Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Sungai Dua, Karak, Pahang untuk mengusahakan tanaman ini sejak tahun lalu yang melibatkan 50 hektar di Gunung Karak. Menurut salah seorang pengusaha halia di TSB Sungai Dua iaitu En Rahimi Idris berumur 31 tahun, tanaman itu kini telah menjadi satu sumber pendapatan baharu memandangkan sebelum ini dia hanya mengusahakan tanaman getah, buah-buahan serta sayur-sayuran sahaja. Foto diatas menunjukkan keratan akhbar dimana diberikan tajuk ‘Halia Gunung Karak’ dengan beliau menunjukkan hasil tuaian halia tersebut. Penulis blog yang beberapa kali membuat lawatan tanaman halia bentong bersama Pegawai Pertanian KawasaDaerah juga mendapati tanah dan suhu dikawasan tersebut membolehkan tanaman halia mudah subur dengan penjagaan yang baik mengikut pakej amalan teknologi Jabatan Pertanian. Artikel pagi ini dalam “Anim Agro Technology” saya mengulas laporan akhbar tempatan dengan tajuk yang memberi perangsang kepada pengusaha lain untuk menanam halia jenis ini.
Bagi Encik Rahimi pula, ini merupakan satu pengalaman pertama dia dalam mengusahakan tanaman halia dalam kuantiti yang besar. Dia bersyukur dengan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan RISDA dan Jabatan Pertanian Pahang yang telah banyak membantu untuk menjayakan penanaman ini,� katanya ketika ditemui di TSB Sungai Dua, Karak, Pahang (Sila lihat foto disebelah). Rahimi yang juga berperanan sebagai penyelia ladang berkata usaha bagi menanam halia tidaklah memerlukan penjagaan rapi tetapi jika tersilap teknik akan merosakkannya. Ujar bapa kepada dua cahaya mata itu, tanah perlu digembur di sekeliling tanaman tersebut setiap tiga minggu sekali untuk tujuan memastikan halia membesar dengan cantik. Melihatkan pasaran semasa bagi penanaman halia yang kini boleh mencecah sehingga RM30 sekilogram, Rahimi mengakui tanaman itu telah memberi pulangan yang baik. Dalam tempoh sembilan hingga 11 bulan, tanaman itu akan dapat mencapai kematangan memandangkan ia ditanam secara organik tanpa campuran baja kimia. Selepas dituai maka ia boleh ditanam semula dalam tempoh empat tahun akan datang bagi memberi masa kepada tanah untuk ianya mendapatkan kembali nutriennya. Halia atau tanaman berubi banyak menyerap nutrien dari tanah. Halia ini dia dakwa sebagai nama Halia Gunung Karak ditanam pada ketinggian 700 meter dari aras laut. Memang projek seperti ini perlu dipergiatkan dikawasan ini dimasa akan datang.
Pengusaha-pengusaha tanaman halia tersebut banyak menerima bantuan daripada RISDA untuk membangunkan penanaman halia. Ini berikutan pekebun kecil di Gunung Karak merupakan usahawan di bawah bimbingan RISDA. Pada masa sama peserta projek di Kampong Tok Muda Haji Mohamad telah menghasilkan 15 produk berasaskan halia. Pada mulanya anak benih halia tersebut diambil dari Bukit Tinggi. Kini ia digelar Halia Gunung Karak yang diambil sempena nama tempat itu. Sejak diusahakan pada tahun lalu, kini tanaman halia seluas 25 ekar sudah boleh dituai hasilnya. Satu ekar tanah boleh menghasilkan 20,000 kilogram halia katanya sambil memberitahu akan terus berusaha menjadikan tempat itu sebagai agropelancongan memandangkan ia mempunyai pandangan yang cantik terutama ketika matahari terbit. Keistimewaan halia Gunung Karak ini ialah rasanya lebih pedas, urat atau serabut lebih halus tetapi tinggi kandungan serat dan air, mudah dipotong dan isinya berwarna kuning cerah. Bagi mengembangkan lagi perusahaan tersebut, pihaknya telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Bentong Ginger House untuk membekalkan halia kepada syarikat tersebut. Di samping itu, halia tersebut turut dijadikan sebagai produk desa di Kampung Tok Muda Haji Mohamad selepas sebanyak 15 produk telah dihasilkan seperti jeruk, rojak buah, jus, teh, kopi dan sabun. Buat pertama kalinya ada produk-produk ini akan menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) pada tahun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Seorang pengusaha jeruk halia di kampung tersebut iaitu Pn Maslinda Kinot menyahut seruan untuk menghasilkan produk dengan menggunakan halia sebagai bahan utama. Beliau sangat sukakan jeruk buah terutamanya mangga dan di situlah mula tercetusnya idea untuk menghasilkan jeruk halia. Beliau telah mendapat tunjuk ajar daripada kenalan kaum Cina untuk menghasilkan resipi jeruk halia. Jeruk tersebut boleh dimakan begitu sahaja atau digandingkan dengan bubur nasi, sup dan masakan ikan masam manis sebagai penambah rasa. Potensi penanaman halia bentong dikawasan ini membolehkan sumber kekyaan baru dijana dengan komitment daripada semua pihak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.





