AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku �Asas Matematik Pertanian� terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga ada menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog “Anim Agro Technology” mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.
Terakhir dalam bab ini dinyatakan mengenai kepentingan Buku Rekod Ladang untuk digunakan sebagai aktiviti mengumpulkan maklumat diladang. Ia akan mencatit segala aktiviti dalam pengurusan ladang, menyedia data untuk analisa untung rugi dan membuat tindakkan pembetulan atau menambahkan lagi maklumat untuk tambahbaik projek tanaman ini. banyak faedah yang boleh digunakan petani dalam menganalisa rekod ladang. Maklumat ini boleh digunakan mengenai kegiatan ladang mengikut jadual tersusun untuk prodikviti tanaman. Terdpat beberapa buku mengenai rekod ladang disediakan sama ada yang diberikan oleh Jabatan Pertanian atau dibuat sendiri oleh petani yang akan dirujuk semasa pemeriksaan persijilan MyGAP. Ini kerana dengan adalnya rekod ladang sahaja akan mana ia membolehkan petani dibuat akreditasi ladang bagi tujuan mendapatkan persijilan MyGaP. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 6, Part 7, Part 8, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!…
Confort Hotel Olomuc Centre,
Wolkerova 29, Olomuc City,
Czech Republic.
Posted from:
Room 301, Bo18 Hotel,
Vajdahunyad utca 18,
H-1082, Budapest,
Hungary.
www.bo18hotelbudapest@bo18hotel.hu
(12 Syawal 1439H).






