Beliau menafikan sering “mengembara” dari satu negara ke negara lain sejak kemangkatan Almarhum Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada November 2001.
“Saya tidak pernah ke luar negara. Kebenaran akan muncul, hanya Tuhan saja tahu. Saya berada di Malaysia dan tidak pernah ke luar negara sejak kemangkatan Almarhum,” tambah beliau.
Ditanya mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya khabar angin itu, beliau menjawab: “Kejahilan. Itu semua adalah khabar angin yang berunsurkan hasad dengki dan saya telah dinasihatkan oleh orang-orang agama untuk berdiam diri sahaja.”
Khabar angin yang melanda Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah turut memberi kesedihan yang amat sangat kepada keluarga beliau. Justeru, ayah beliau Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim terpaksa menghentikan khabar angin itu menerusi satu temubual di dalam Mingguan Malaysia.
Sejak kemangkatan Almarhum, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah mengekalkan kehidupan “low profile”.
Kehidupan low profile
“Jadi “low profile” tidak bermakna saya berada jauh atau mengelak dari orang ramai,” tambah beliau lagi.
Ketika ditanya mengenai penyesuaian yang telah dilakukan kepada keluarga diraja sebagai rakyat biasa yang mengahwini seorang Sultan, beliau menjawab: “Memang banyak perubahan dilakukan.”
“Tetapi Almarhum banyak membantu saya dan saya berjaya menyesuaikan diri di sebagai ahli keluarga diraja dan juga keluarga Sultan.
Ditanya sama ada perbezaan umur menjadi rintangan di dalam perkahwinan beliau dan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, beliau menjawab: “Sudah tentu. Umur adalah halangannya.”
“Tetapi Almarhum adalah seorang Sultan yang bijak dan sangat memahami. Almarhum sentiasa mengingatkan saya supaya rendah diri dan menjadi seorang yang “down-to-earth”.
Mengatasi khabar angin dengan doa dan sembahyang
Khabar angin yang mengatakan saya ke luar negara…ia satu tamparan hebat buat saya. Tetapi kelak, kebenaran akan muncul juga. Hanya Tuhan saja yang tahu. Sepanjang empat tahun lepas, saya berada di Malysia dan tidak pernah ke luar negara sejak kemangkatan Almarhum. Sata tidak pernah keluar negara. Khabar angin liar seperti ini memang menyakitkan…ia perasan semulajadi. Ia reaksi biasa jika kita mendengar khabar angin.

Ia tidak perlu di dalam bentuk duit, memadailah dengan senyuman kerana senyuman itu boleh menggembirakan seseorang dan meredakan kesakitan. Itulah prinsip hidup saya.
- 1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
- 2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal
- RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
- 3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
- Yang Di Pertuan Agong.
- Raja Permaisuri Agong.
- Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
- Yang Di Pertua Negeri-Negeri
- Bekas-Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Di Raja daripada Kerajaan Persekutuan.
- Perdana Menteri
- Timbalan Perdana menteri.
Minta maaf banyak-banyak ya…….. kerana isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tiada didalam ‘Susunan Keutamaan Persekutuan’ yang berjumlah 70 semuanya. Beliau hanya mempunyai susunan sendiri yang dinamakan ‘Susunan Keutamaan Sri Perdana’.


