Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)
-
4 biji telur
-
100 gram tepung halus
-
2 sudu teh baking powder
-
110 gram gula halus
-
2 sudu the ovalette
-
40 ml susu segar
-
40 ml minyak masak
-
2 sudu teh esen ros
-
sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
-
Panaskan pengukus.
-
Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
-
Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
-
Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
-
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
-
Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
-
Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
-
Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
-
Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.
