TANAM NANAS (Ananas commosus) merupakan satu aktiviti yang didakwa mampu memberikan pulangan baik kepada pengusaha terutama jika menanam nanas MD2. Penulis blog baru-baru ini merujuk kepada satu artikel dari Facebook Kartel Dakwah (Pautan: https://www.karteldakwah .com/azuan-abdullah-kongsi-ilmu-bagaimana-1-ekar-nanas-md2-boleh-jana-pendapatan-rm164-ribu) dan kongsi info bertajuk “Azuan Abdullah Kongsi Ilmu Bagaimana 1 Ekar Nanas MD2 Boleh Jana Pendapatan RM164 Ribu!” yang menarik untuk dirujuk. FB tersebut menyatakan dimana mungkin ada yang berkata, betul ke tanam nanas MD2 satu ekar boleh dapat pendapatan sehingga RM164 Ribu. Tipulah dakwanya kerana mesti sembang je lebih mamat ni. Dulu saya pun sama, tidak perjaya juga dengan angka diatas. Apa pun kini ianya berubah 360 darjah setelah saya bertemu dan berguru dengan sifu saya. Beliau ada ladang nanas MD2 lebih 100 ekar di Kedah. Seorang yang tidak lokek ilmu dan sangat low profile. Bercakap dalam loghat Kedah yang agak pekat dengan tutur kata yang sangat lembah lembut. Mudah dibawa untuk berbincang dan sangat suka kepada sifat baik perkongsian ilmu. FB nyatakan dimana beliau pesan dekat saya, tanam nanas MD2 ni tidak la susah sangat, dengan syarat kita buat betul-betul. Paling penting mesti ikut prinsip ABC + 6M. InsyaAllah kita usaha, InsyAllah akan diberi kejayaan diatas pengorbanan yang kita lakukan. Jika tidak untung dan tiada potensi, takkan Naza Plantation pun buat projek nanas MD2 juga. Tahu kan Syarikat NAZA, tanya beliau kepada saya. Tahu jawab saya sambil angguk kepala mengiyakan pertanyaan beliau tadi. Artikel petang ini dalam blog “Anim Agro Technology” saya kongsikan artikel menarik ke 5,005 sebagai satu info boleh dijadikan bahan rujukkan.
Dalam pada itu pokok nanas yang matang perlu dibantu untuk menghasilkan bunga dan buah dengan Teknik Aruhan. Kenapa perlu buat aruhan?. Aruhan ni penting sebab kita nak bagi pokok nanas kita tu berbunga dan berbuah secara serentak atau kita nak jadualkan bila patut ianya berbuah. Senang cerita, pokok nanas ni kita boleh atur bila nak bagi ia berbuah. Menarik kan!. Kemudian apabila berbuah serentak @ berjadual, masak pun serentak dan semestinya akan ikut jadual. Senang la kita nak buat pemasaran nanti dimana ia tidak akan menjadi lambakan buah dan isu ini pun dapat diatasi. Bila tiada lambakan biasanya harga buah nanas pun cantik. Dalam pada itu okey, kita tanam sebanyak 15,456 pokok kan. Katakanlan 85% daripada pokok tersebut hidup dan berbuah serta boleh jual. Maka dengan itu kita boleh sama-sama kira dimana jika 15,456 pokok x 0.85 maka akan mendapat 13, 137 biji buah. Biasanya berat sebiji buah nanas MD2 adalah di antara 1.5 � 2.5 kg. Jika kita dapat jual sebiji nanas MD2 dengan harga RM5 sekilogram maka kita boleh sama-sama kira. Terdapat sebanyak 13,137 biji x RM5 dimana ada pendapatan kasar RM65,685.00. Kemudian selepas harvest buah tu sebaiknya pokok induknya jangan terus dimusnahkan ye. Kenapa?. Sebabnya, pokok induk tu boleh hasilkan benih pula. Biasanya satu pokok boleh hasilkan 5 – 10 sulur bergantung kepada keadaan pokok dan pengurusan kita nanti.



