Memangkan anggota tentera diberi hak untuk memilih siapa yang mereka sokong maka ada tekanan daripada Umno untuk menafikan hak mereka.. Cukuplah dengan PDRM, SPRM dan SPR diperkudakan oleh Umno-Bn. Rakyat Malaysia masih menghormati Angkatan Tentera Malaysia jika dibandingkan dengan Polis Di Raja Malaysia.
Ada juga cerita-cerita dibelakang tabir yang mengatakan bahawa kertas-kertas undi mereka tidak sampai ketangan anggota tentera/polis yang dilihat bersimpati kepada pembangkang. Bagi yang bersimpati kepada pembangkang, kertas undi tersebut banyak yang tidak sampai ke tangan mereka tetapi telah dipangkah oleh pihak atasan yang menjadi talibarut Umno.
Kerana itulah pihak Pakatan Rakyat cukup meragui akan ketelusan undi tersebut, dan sekiranya sampai pu ketangan anggota tentera, ianya akan disemak. Sekiranya undi tersebut berpihak kepada pembangkan, undi tersebut akan dirosakkan.
Kepada perwira negara, usahlah anda gentar dengan ugutan-ugutan yang diberikan oleh Umno dan juga pihak atasan. Kerana rezeki yang saudara dapat itu adalah daripada Allah sw.t. yang disalurkan melalui rakyat dan kemudian disalurkan pula oleh pihak yang memerintah.
Apakah Umno-Bn boleh mengaku yang gaji tersebut dibayar oleh mereka. Jangan kata nak bagi, kalau boleh duit kat tangan anggota tentera/polis pun mereka mahu rampas. Kerana itulah calon mereka pun adalah seorang perasuah besar.
Calon mereka bukan boleh ditarifkan sebagai ikan bilis tetapi adalah bapak segala naga dalam rasuah. Orang-orang seperti ini patut dilenyapkan dari arena politik kerana jika Umno di menangkan, negara akan berada didalam bahaya. Sudah sampai masanya anggota tentera dilayan sebagai pasukan kelas pertama.