BENIH TANAMAN KOPI (Coffea spp) merupakan satu input dan perkara asas penting sebelum membuat penanaman kopi. Tanaman Kopi di negara ini tidak meluas dan hanya banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur(Sabah). Tanaman ini juga adalah merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil pada masa dahulu akan tetapi mengurang popularitinya pada masa ini. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah(Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Kajian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi memang luas ditanam di Sabah dan sedikit di Sarawak. Malaysia kini hanya mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport. Sebanyak 97,500 mt – 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan dieksport. Seramai 96 orang pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Lazimnya para pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan bahan mentah dan juga fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990’an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” beberapa perkara mengenai proses penyediaan benih kopi di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor untuk dijadikan bahan baccan dan rujukkan.
Dari segi botani apa yang saya tahu iaitu pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan ada mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi. Kopi Arabica adalah merupakan 70% kopi yang dikeluarkan dan dipasarkan seluruh dunia. Ia luas ditanam di Brazil, Peru, Honduras serta kawasan sekitarnya. Sesuai dikawasan beriklim sejuk (18-20 C) dan juga sesuai di Tanah Tinggi Tropika dengan kadar produktiviti 350 – 400 kg/ha/tahun. Niji kopi Arabica mendapat harga sederhana dipasaran dunia dan di Malaysia ia dimmport sekitar RM10 – RM16/kg. Mempunyai rasa asidik dan dan ada aroma yang kuat.Kopi Robusta pula menguasai sebanyak 28% pengeluaran dan pasaran dunia. Ia luas ditanam di Indonesia, Vietnam, Brazil (jenis Conilon) dan beberapa negara tropika lain. Sesuai untuk ditanam dikawasan beriklim sejuk (21-24 C) serta boleh tumbuh baik di tanah sederhana rendah. Kadar produktiviti sekitar 900 kg – 1,300 kg/ha/tahun. Harganya dipasaran agak murah sedikit dari Arabica (RM8 � RM15/kg). Kopi ini juga mempunyai nilai rasa sederhana enak.Kopi Liberica hanya menguasai 2 % penanaman dan pasaran dunia serta merupakan jenik yang tahan lasak dan berbuah 2 kali setahun. Ia sesuai ditanah di tanah rendah (Coastal Area) dengan purata produktiviti 400-800 kg/ha/tahun. Harga biji mentah agak timggi dipasaran atau sekitar RM12 -RM20.00 sekilogram. Kopi ini mempunyai nilai rasa paling pahit dan orang Barat kurang suka akan kopi ini.
DI PARIT BOTAK… SATU-SATUNYA…..
6 BULAN SAHAJA… MASA DIGUNA….
BANYAK VARIETI… PILIH YANG MANA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Imperial,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(3 Syaaban 1440H).




