SOALAN:
Assalamualaikum…
Saya jangka sudah tiada soalan, tapi dengan kuasa Allah s.w.t., kemusykilan ini datang di fikiran.
Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh; dan apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan…..
Terima kasih…. wassallam.
JAWAPAN:
Alhamdulillah inilah jawapan yang dipohon:
Firman Allah Taala:
“…Dan makan dan minumlah hingga nyata garis putih dari garis hitam daripada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam.” (Al-Baqarah, 187)
Mula berpuasa ialah apabila `nyata garis putih dari garis hitam ‘. Ia bermaksud fajar (masuk subuh).
——–
Masalah: Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh?
Jawab: Tidak sah, kerana masih makan ketika atau setelah terbit fajar.
Masalah: Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan…..
Jawab: Juga tidak sah.
Sekian. Wallahu a’lam.
Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my/
