Walau dah terbiasa dengan segala bentuk perpisahan, namun perpisahan bukanlah perkara yang boleh disebut ‘alah bisa tegal biasa’. Sebab di setiap kali berlakunya perpisahan pastilah mengundang kesedihan. Moga tidaklah sedih itu dinilai KP oleh Tuhan. Lebih-lebih lagi berpisah kerana Tuhan. Nak bantu di sana-sini, cari pengalaman lagi.
Selamat berpisah dan selamat berjuang buat semua GH. GH Borneo,GH Pantai Timur dan GH Tengah.. Oh ye,tak lupa untuk GH Indon.. Niatkan semuanya untuk Tuhan. Katakan kepada Tuhan, sebagai tanda cinta kita kepadaNya, kami akan lalui ini semua. Sedih-sedih peribadi letak tepi waktu ni. Nak kena belajar sedih kalau tengok Islam tak terbangun.
Aku bab-bab berpisah ni suka lah nak tacing lebih! Tapi selalu kawallah sedaya upaya.. Sebab tengok adik-adik relaks je. Malam-malam nak nangis dalam selimut tu diam-diam jela. Bukanla sedih apapun.. Yelah kadang kita ni adik beradikla penghibur. Nak berhibur jenis-jenis ke Genting Highland tu gayat pulak! Nanti rindulah dengan gelagat Mubarakah Fathiyyah moga panjang umurmu (ikut rentak lagu).. Lepasni Kak Lah dengan Mat jelah. Takpe,budak sekolah ramai boleh buat adik angkat. Tak heran pun..
Pepatah arab ada berkata, rumah itu indah bukan kerana (sifat) rumah itu, tapi kerana ada bersamanya orang-orang yang tersayang. Tapi Tuhan nak latih kita untuk jadikan keindahan sejati itu hanya bersama Tuhan. Sebab tu dari kecik dibiasakan dengan perpisahan. Tak apa berpisah dengan manusia,tapi jangan sampai terpisah dengan Tuhan.
Puak-puak ni pulak kalau dah sibuk tu manalah sempat nak skype ke viber ke.. Dalam group bb jelah meriah sekali sekala. Takpe.. Biar kita berpisah di dunia yang sementara, moga dapat bersama diakhirat yang kekal selamanya. Awat aih macam nak pisah pergi mana je!
Baiklah.. Tak naklah layan sedih-sedih ni. Rimas kalau nak KP lama-lama. Kerja lain banyak yang menanti. Korang dah dengar tentang persembahan GH pada 26hb nanti bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya? Jangan lupa dapatkan tiket segera ye. GH mana yang akan terlibat tu kita pun tak tau. Tapi manalah tau GH Borneo pun dapat pelepasan nanti waktu tu.. Sama-sama kita meriahkan teater muzikal Islam yang sarat dengan mesej tentang Tuhan.
Oklah.. Dikesempatan ini nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua team di Kuantan khususnya buat Tuan Azral yang disegani diatas segala layanan yang diberikan. Tak lupa buat Cik Mi dan Cik Lam. Moga Tuhanlah yang akan balasi semua kebaikan.




