BURUNG BANGAU (Bulbulcus ibis Linn) merupakan sejenis burung dari keluarga Ardeidae dimana selalu di kawasan sawah mudah dikenali. Burung yang berbulu berwarna putih ini mudah dilihat ketika ianya terbang atau berdiri diatas tanah. Penulis blog yang berkunjung ke kawasan Jelapang Padi di Kedah baru-baru ini seronok melihat burung bangau berterbangan dibelakang trektor membajak sawah (Sila lihat foto diatas). Pergerakan sekumpulan burung bangau yang berwarna putih amat jelas dilihat diatas tanah sawah yang sedang dibajak atau pun ia berkumpul dikawasan tanah berlopak air. Burung Bangau juga sering disebut didalam bahasa Melaui dan juga peribahasa Melayu seperti ‘Bangau Oh Bangau’ dan ‘Burung Bangau diatas Kerbau’ yang sinonim dengan budaya masyarakat tempatan. Pada penulis blog yang memerhatikan sekelompok burung ini mendapati burung ini mempunyai saiz badan dimana panjangnya dari hujung paruh ke hujung ekor lebih kurang 51 cm (20 inci). Dalam pada itu diteliti lagi dimana paruhnya yang panjang itu berwarna kuning manakala kakiknya berwarna kehitam-hitaman. Kemudian apabila balik ke Johor dan membuat beberapa rujukkan, burung bangau ini rupanya banyak jenis dan spesis diseluruh dunia daripada yang mendudukki suatu kawasan sahaja kepada jenis burung bangau yang berhijrah beribu-ribu kilometer menyeberangi benua mengikut musim. Lagu bangau ini juga amat popular dikalangan kanak-kanak diseluruh dunia dan dijadikan animasi dan kartun dengan pelbagai kisah yang menarik. Sebenarnya ini artikel pertama saya mengenai burung bangau setelah lebih dari 10 tahun menulis blog “Anim Agro Technology” dan berusaha akan menulis beberapa siri artikel mengenai burung bangau ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda. Artikel yang ke 5,002 ini diharap akan memberi info berguna kepada saya dan anda semua.
Dalam pada itu penulis blog juga dapati burung bangau mendapat tempat yang agak baik dalam masyarakat Melayu. Misalnya seperti sejak dulu ujud lagu kanak-kanak iaitu “Bangau oh bangau” dan peribahasa “Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau”. Peribahasa ini membawa makna sejauh mana kita pergi akhirnya akan kembali ketempat asal juga (Sila anda lihat bangau terbang disebelah). Sebagai contoh seseorang itu pergi belajar keluar negara dengan pelbagai kepakaran akhirnya apabila tamat belajar akan pulang kenegara asal untuk ianya memberikan khidmat bakti kepada negaranya. Berbalik kepada jenis burung bangau di Malaysia ada dua jenis yang sering kuta jumpa iaitu Burung Bangau Kerbau atau Burung Bangau Sederhana (Intermediate Egret). Bagi jenis kedua ia dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Egretta intermedia atau pun sejenis lagi sebagai Mesophoyx intermedia. Dalam pada itu dimaklumkan dimana Burung Bangau Kerbau adalah lebih besar daripada Burung Bangau Kecil dan mempunyai leher yang lurus. Dalam pada itu penulis blog juga maklum dimana jenis Burung Bangau Besar (Egretta alba) adalah dari kumpulan Egretta atau Mesophoyx. Ia merupakan burung bangau jenis pembiak menetap dari timur Afrika sehingga kemudian menyeberangi benua kecil India seterusnya berhijrah ke Asia Tenggara dan Australia. Bagi jenis Burung Bangau Kerbau boleh didapati di timur Afrika melepasi Asia Tenggara ke Australia. Ia juga merupakan spesies dengan saiznya diantara burung Bangau Besar dan Bangau Putih berukuran sekitar 56-72 cm panjang dengan 105-115 cm lebar sayap dan berat badan sekitar 400 gram. Biasanya mempunyai ciri dengan semua-bulu pelepah putih dengan warna dikaki yang gelap dan paruh kuning agak tebal.
Dalam akhbar utusan online bertajuk “Bangau tawan Muara Sungai Perak” dimana berita dari Teluk Intan, Perak menarik untuk dikupas dalam artikel ini. Kini selain dikenali sebagai lubuk untuk kaki pancing, muara Sungai Perak dekat sini memiliki tarikan ekopelancongan yang belum diterokai sepenuhnya iaitu Pulau Bangau yang menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung. Ada ketikanya terdapat beribu-ribu burung daripada pelbagai spe�sies antaranya bangau putih, puchong, gembala kerbaru, punai, helang, layang-layang singgah di pulau tersebut dan biasanya ruangan yang ada didominasi oleh burung bangau (Sila lihat foto disebelah). bagaimana pun untuk sampai ke Pulau Bangau maka pengunjung perlu menaiki bot dari jeti di bandar Teluk Intan yang mengambil masa kira-kira hanya 10 minit sahaja. Kini sudah tidak sukar untuk mendapatkan bot kerana nelayan darat di sini bersedia menawarkan perkhidmatan dengan bayaran yang amat berpatutan. Tinjauan wartawan mendapati jumlah burung paling banyak adalah pada waktu pagi dan kicauan menguasai pulau tersebut apabila terbang dalam formasi berkumpulan seperti mahu ‘berperang’. Sebenarnya jika diteliti terdapat kawanan burung berkenaan mencari makan dan apa yang menariknya, burung-burung berkenaan terbang sejauh sehingga ke Tanjung Karang di Selangor, Su�ngai Manik dan Seberang Perak di Pasir Salak kerana kawasan berkenaan terdapat sawah padi. Setiap kawanan burung yang terbang seperti ada ketua dimana jika seekor terbang maka yang lain akan ikut serta terbang sama. Uniknya adalah apabila senja maka haiwan berkenaan akan kembali berkumpul di pulau berkenaan dengan hinggap di pokok-pokok. Berdasarkan cerita penduduk setempat dilaporkan dimana di Pulau Bangau berasal daripada hanyutan timbunan sampah dan pokok serta kayu-kayu di Sungai Perak. Kemudian lama-kelamaan ada sampah yang lain turut tersekat menyebabkan pasir lumpur sema�kin bertambah dan apabila air surut dan kemudian tumbuh pokok dan rumput-rumpai sehingga membesar menjadi sebuah pulau. Semenjak itu maka pulau berkenaan menjadi tarikan dan destinasi persinggahan burung sehinga dan ada yang membuat sarang. Disebabkan burung yang pa�ling banyak adalah ba�ngau kawasan itu dikenali sebagai Pulau Bangau. Apa yang lebih menarik kini satu kajian tidak rasmi oleh sekumpulan pencinta sejarah pesisir Sungai Perak mendakwa Pulau Bangau merupakan satu-satunya tempat paling banyak terdapat burung bangau di negara ini. Semua artikel pengenalan mengenai burung bangau ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini/ Wasallam!!!….
By,




