POKOK PELURU MERIAM atau ia lebih dikenali dengan nama CANNONBALL TREE (Coroupita guaneensis) merupakan sejenis buah beracun yang jarang dikenali di Malaysia. Pokok ini (Cannonball Tree) ialah sejenis pokok yang berasal dari rantau Amerika Selatan. Pokok ini boleh tumbuh setinggi 25 meter. Pada musim kering hampir kesemua daunnya akan luruh. Penulis blog melawat Taman Pertanian Tenom di Sabah baru-baru ini untuk melihat sendiri banyak pokok ini ditanam di sana dan banyak buah (Sila lihat foto diatas) yang diberikan penerangan oleh En Andrian seorang Pegawai Penyelidik di pusat tersebut. Pokok ini juga dikatakan bersifat kauliflori kerana mengeluarkan bunga dan buah pada batang. Bunganya mempunyai warna campuran merah jambu dan merah terang atau jingga dan mempunyai struktur yang tebal dan berlilin. Bunga pokok peluru meriam mengeluarkan haruman yang akan menarik serangga untuk mendebungakannya. Dari penerangan oleh En Andrian beliau nyatakan di negara Amerika Selatan, kadang-kadang kelawar yang terbang malam biasanya akan membantu proses pendebungaannya. Buahnya bersaiz besar dengan diameter antara 10 – 25 sentimeter dan berwarna coklat iaitu seperti warna karat dan bulat sama seperti seperti peluru meriam. Buahnya mengambil masa lebih kurang setahun untuk masak dan apabila masak ia akan mengeluarkan bau yang agak tidak menyenangkan. Memang sekali pandang melihat buah peluru meriam ini bergayutan dikiri dan kanan jalan masuk ke Pejabat Stesyen amat menarik sekali dan kalau boleh dimakan barangkali sebiji buah mencukupi untuk 5-6 orang memakannya. Apa pun penulis sendiri memetik beberapa biji buah ini dan memecahkannya untuk melihat akan isinya. Apabila kulit kerasnya dipecahkan banyak biji benih kecil di dalamnya. Kegunaan Tradisional Berdasarkan rekod, digunakan oleh orang asli tempatan di Amerika Selatan untuk merawat selesema dan sakit perut. Jus di ambil daripada perahan Buah yang tumbuh daripada batang pokok. Juga untuk merawat penyakit kulit manakala daun muda pernah digunakan untuk melegakan sakit gigi. Shaman (pawang dan dukun) di Amerika Selatan juga menggunakan bahagian pokok peluru meriam untuk merawat pesakit yang menghidap demam malaria. Bahagian lapisan dalam buahnya pula digunakan untuk merawat dan menyembuhkan luka. Buahnya boleh dimakan apabila masak tetapi bau bahagian isi dalamnya yang agak tidak menyenangkan menyebabkan buah ini tidak dipilih sebagai makanan harian. Artikel pagi ini saya menulis dalam ”Anim Agro Technology” mengenai pokok dan buah peluru meriam serta kegunnnya berdasarkan tinjauan, rujukkan dan komunikasi dengan mereka yang arif mengenai buah ini.
Bunga apa yang saya lihat untuk pokok peluru meriam adalah cantik dimana ia akan mengeluarkan haruman yang akan menarik serangga serta kelawar untuk mendebungakannya (Sila lihat foto disebelah). Bila penulis jumpa pokok ini dengan penampilan unik di dapati ia mempunyai batang pokok rendang dengan berdaun rimbun dimana sepanjang batangnya ada bergantungan buah bulat berdiameter sekitar 20 cm iaitu menyerupai bola peluru meriam atau untuk sukan lontar peluru. Penampilan bunganyapun cantik dengan warna oren yang cerah yang berukuran besar dan menghasilkan bau harum. Tangkai bunga keluar dari batang pokok yang jumlah banyak. Biasanya jika buahnya sudah matang ia akan jatuh dari pokok dan retak terbuka ketika menyentuh tanah dimana ada banyak kelongsong kosong bertaburan dibawah pokok tanpa dihiraukan sesiapa kecuali pekerja taman. Apa pun menariknya bila buah tersebut jatuh ia menghasilkan bunyi kuat. Sama seperti buah kelapa yang jatuh darip pokok tinggi, buah cannonball biasanya jatuh dengan tiba-tiba dan dapat menyebabkan cedera serius bagi setiap mangsa dibawahnya jika ada. Dari segi sejarag pokok Cannonball dipercayai natif atau berasal dari hutan Amerika Selatan walau pun ada dakwaan ia mungkin juga berasal dari negara India.







