Posted in

Cara Nak Edit Status Dan Komen Rakan Di Facebook


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. ya! hari ini jannah nak kongsikan sebuah “trick” ataupun cara nak edit status kawan anda ataupun edit komen mereka di facebook. nampak macam mustahil? hehe.. sebenarnya tidak pun. ok, anda ikut saja langkah-langkah yang saya akan tunjukkan di bawah ini.

sebelah kiri: adalah status asal rakan saya di facebook,
sebelah kanan: status yang telah sya edit .

LANGKAH PERTAMA.
  • pertama sekali, anda buka buka facebook atau website yang korang nak edit pastu bookmark website tersebut


LANGKAH KEDUA.

  • sekarang edit bookmark yang anda buat pertama tadi, klik bintang berwarna kuning itu, dan klik EDIT
  • gantikan URL kandungan bookmark tadi dengan 
javascript:document.body.contentEditable=’true’; document.designMode=’on’; void 0

  • letak title bookmark tersebut dgn “edit” supaya anda tidak terkeliru dengan bookmark yang lain.
LANGKAH KETIGA.

dan tibalah masa ke bahagian yang paling menyeronokkan. ok, anda buka facebook atau laman web yang anda ingin edit dan selepas itu klik pada bookmark yang telah kita buat tadi. perasan tak perubahan yang berlaku? sekarang anda seharusnya dah boleh edit laman web atau facebook yang anda tengah buka. anda boleh menulis, memadam dan melakukan apa sahaja yang anda suka.  tetapi pengeditan hanya akan terlihat kepada anda sahaja selagi mana laman web tersebut masih terbuka. jadi anda perlulah merancang yang sebaik mungkin untuk mengedit status dan komen rakan adna di facebook atau laman web yang lain.


*nota kaki:
  1. mengedit status rakan rakan di facebook atau laman web tersebut hanya akan terlihat kepada anda seorang dan tak akan menggangu kandungan asal laman berkenaan kecuali anda “printscreen”
  2. pihak kami tidak akan bertanggunjawab terhadap sebarang  penyalahgunaan dan tidak akan memberikan ganti rugi.
  3. tutorial ini hanya sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia cyber dan bersuka ria.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *