Qadha puasa dulu baru berpuasa enam sunat syawal

Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan. Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 184). “Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadan dan kemudian dia mengikutkannya … Read more

Kenapa Syaitan jadikan bilik air sebagai rumah

Sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di bumi. ” Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,” kata iblis. Allah SWT berfirman;” Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau … Read more

Kehebatan kuasa sujud

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:- Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat … Read more

Contohi diet Rasulullah

Kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya dan menjadi ikutan para muslim seluruh  dunia.  Antara amalan Rasulullah SAW termasuklah cara  beribadah, menjaga kebersihan diri, hidup berkeluarga termasuk diet makanan cara baginda.  Jika kita menitik beratkan  diet yang  seimbang dan mengamalkan pemakanan yang sihat, tubuh akan terpelihara  daripada serangan penyakit. Hal ini penting … Read more

7 Khasiat Kurma yang patut anda tahu

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW … Read more

Tidur-tidur yang Sunat dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut: Pertama: seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata: خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله “ Aku keluar bersama Nabi … Read more

Mesir kini dibawah yahudi dan nasrani

Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir : 1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka … Read more

Tubuh jadi hebat berkat solat kusyuk dan tumaninah

Tidak ada yang meragukan manfaat solat untuk kesihatan badan. Salah satu manfaatnya ialah untuk kesihatan tulang belakang. Sebuah kajian di Universiti Winscosin, Amerika Syarikat berkata, solat dengan Tumaninah akan menyembuhkan sakit belakang yang kronik. Sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan Allah tiada yang sia-sia, bahkan jika mampu mensyukurinya akan menambah iman seseorang. Itulah yang difirmankan Allah … Read more

Orang Islam pertama yang mati syahid

Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid. Siapakah Sumayyah binti Khabbab? Sumayyah binti … Read more

Nama masjid paling pelik di dunia

Jika anda melancong ke Turki, pergilah ke Ka Anni Akaltu. Tempat tersebut bukan lah restoran atau resort. Ia adalah sebuah masjid.  Ka Anni Akaltu bermaksud “seakan-akan aku telah memakannya”. pelikkan? Masjid Ka Anni Akaltu adalah masjid jamek di Kabupaten Fatih di kota Istanbul, Turki. Di sebalik nama yang pelik tersebut terdapat sebuah kisah pengajaran. Terdapat … Read more