BatasTimbun
Cara Suburkan Pokok Kantan Secara Alami Dan Hasilkan Bunga Kantan Organik
Bagaimanakah cara untuk menyuburkan pokok kantan secara alami dan akhirnya dapat menghasilkan pokok kantan dan bunga kantan organik ? Mudah sahaja caranya :1. Buat batas timbun dengan penghadang / dinding ( sila google “batas timbun” aka “raised bed” kalau anda tidak pasti ). 2. Isi batas timbun separuh penuh dengan tanah dan separuh lagi sisa … Read more
Tanah, Air Dan Udara Sebagai Komposter Terbaik
Berikut adalah video hasil dapatan dari percubaan / ekperimen : 1. Menanam Sisa Pepejal Dapur Di Batas Timbun2. Menanam Sisa Buah2an Di Batas Timbun 1.1 Sisa Pepejal Dapur yang ditanam adalah sisa nasi, hampas kelapa, kulit telur, kulit bawang, sisa jantung pisang dan sebagainya. Air disiram sebelum lubang ditutup kembali dengan tanah. Video dibawah adalah … Read more
Tuaian Ubi Keledek
Tuaian ubi keledek yang sudah lebih 3 bulan ditanam. Kurang menjadi ubinya mungkin kerana beberapa sebab. 1. Tanah yang sudah kurang kesuburannya2. Teknik penanaman bahan tanaman yang kurang sesuai3. Penggunaan pancang yang kurang sesuai Selain dari batangnya yang biasa digunakan sebagai bahan tanaman, tunas mata juga boleh digunakan sebagai bahan tanaman.
Tanam Empat Pokok Nenas Di Batas Timbun
Empat sulur nenas telah ditanam di batas timbun kacang panjang menggunakan kaedah anggaran kebun kaki persegi. Empat sulur jambul dari empat biji buah nenas dari pasaraya Lubang dikorek mengikut perancangan sistem dusun bandar. Pokok kacang panjang tidak menggunakan baja kimia. Sisa kebun + sisa dapur bergabung menghasilkan nutrien2 untuk tanaman. Selepas jambul nenas ditanam di … Read more
Batas Timbun Dan Dusun Bandar
Layout / tataletak batas timbun yang teratur dapat juga digunakan untuk menanam pokok buah2an renek ( tut ). Disamping pokok yang rendah dan senang diurus, kita juga dapat menanam lebih banyak jenis pokok buah2an. Jarak antara tanaman perlu diberi perhatian khusus kerana pokok buah2an memerlukan masa dan sinaran matahari dan penjagaan secukupnya untuk membesar dan … Read more
Membuat Garisan Sempadan Kebun Kaki Persegi
Konsep Kebun Kaki Persegi ( Square Foot Garden ) atau Batas Kaki Persegi ( Square Foot Bed ) dapat di terapkan di Batas Timbun ( Raised Bed ) kerana penghadang batas timbun dapat dijadikan sempadan pengukuran. Contoh di batas timbun no.1 yang telah cuba di terapkan konsep batas kaki persegi. Penggunaan tali sebagai garisan sempadan … Read more
Tanam ( Kompos ) Kulit Durian Dan Kulit Nangka
Banyak sekali kegunaan batas timbun termasuk sebagai komposter. Kali ini kulit durian yang berduri dan kulit nangka akan ditanam dibatas timbun tanpa di racik. Selepas sebulan akan dikorek semula untuk melihat hasilnya. Lubang dikorek melintang batas timbun dengan kedalaman 6-7 inci. Kulit durian dan kulit serta empulur nangka di letakkan kedalam lubang tersebut. Batas di … Read more
Tanam Serai Di Batas Timbun
Empat batang serai telah ditanam di batas timbun no.1 menggunakan secara anggaran kaedah kebun kaki persegi ( square foot garden ). Rumpun serai yang hampir habis dituai akan digunakan sebagai benih untuk tanaman dibatas timbun Serai yang telah dicabut perlu dikemaskan dan dipotong daunnya dan akar berlebihan mensisakan sedikit akar untuk merangsang pertumbuhan serai Ukuran … Read more
Kebun Kaki Persegi ( Square Foot Garden )
Kebun Kaki Persegi atau Square Foot Garden bermatlamat memudahkan pekebun menanam banyak jenis sayuran dalam keluasan yang sama berbanding kebun tradisi. Kebun kaki persegi lebih mudah dibuat pada batas timbun dengan penghadang. Ini kerana keluasan batas dapat digunakan sepenuhnya. Batas timbun asas dan penggunaannya Beberapa kombinasi tataletak ( layout ) batas timbun kaki persegi ( … Read more