Menambah Selera Makan Dengan Pegaga

Daun pegaga atau ulam pegaga ni popular di kalangan masyarakat Melayu sejak beratus tahun dulu dek kerana pelbagai khasiat yang dimilikinya. Ia selalunya tumbuh meliar dan sering dijadikan sebagai ulam atau sayur. Anda boleh menjumpainya pada celah-celah rumput di tanah yang subur dan bersaliran baik. Malah, ada di antara anda yang menanamnya di halaman rumah, … Read more

Cara Penjagaan Muka Dengan Sayur-Sayuran

Menjaga kulit muka tak semestinya memakan kos yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh sediakan sendiri ramuannya dengan menggunakan sayur-sayuran dan herba. Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan muka adalah daun pegaga, lobak merah, terung muda dan cekur. Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tips penjagaan muka berikut; Daun Pegaga: 1. Ambil daun … Read more

Khasiat Daun Pegaga: Ubat Kencing Manis

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa rakan saya yang bertanyakan tentang petua untuk mengubati penyakit kencing manis. Justeru itu, saya akan berkongsi salah satu ubat kencing manis dan cara perlaksanaannya sebentar jer lagi. Ubat yang saya maksudkan tu ialah daun pegaga. Sebenarnya, khasiat daun pegaga ni banyak. Selain mampu merawat kencing manis, ia mampu mengubati “kembarnya” … Read more

Pelbagai Khasiat Daun Pegaga

Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga. Jika sebelum ni, saya pernah nyatakan di sini yang daun pegaga ni baik dijadikan sebagai ubat darah tinggi. Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan khasiat daun pegaga sebagai ubat … Read more

Petua Kesihatan: Ubat Darah Tinggi

Petua kesihatan kali ni khusus buat anda yang ada masalah darah tinggi. Sebelum ini pun saya pernah menyiarkan petua merawat darah tinggi di sini dan di sinun. 🙂 Namun, saya ingin berkongsi satu lagi pilihan untuk anda merawat darah tinggi ni. Caranya mudah saja. Anda amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda … Read more

Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah

Selain jerawat, bintik hitam di wajah turut menjadi musuh utama anda yang sering menjaga kecantikan muka. Adakalanya, ia lebih degil berbanding jerawat. Hal ini tentu menggusarkan anda, kan? Terutamanya pada yang dah cuba pelbagai macam produk tapi tak membuahkan hasil. Huhh… mesti kecewa yang amatgiler. Sebagai jalan keluar, apakata anda beralih kembali kepada cara tradisional. … Read more

Anda Ada Penyakit Buah Pinggang?

Khusus buat anda yang ada penyakit buah pinggang, saya nak kongsi dua kaedah mengubatinya. Pertama, dengan menggunakan daun misai kucing. Keduanya ialah menggunakan daun pegaga. Cara-caranya akan saya nyatakan sebentar lagi. Sebelum itu, saya sertakan dulu imej pokok misai kucing untuk rujukan anda (Sila klik kat gambar untuk paparan yang lebih jelas). Nama saintifik misai … Read more

Petua Mengatasi Masalah Keputihan

Masalah keputihan tentu sekali berkait rapat dengan kaum wanita. Mereka pastinya lebih arif bagaimana keadaan seseorang ketika mengalami keputihan nie, kan? Mengikut apa yang saya baca, keputihan adalah lembapan faraj yang dirembes secara berlebihan oleh badan. Justeru itu, jikalau tahap keputihan anda amat membimbangkan, ikutilah 2 petua di bawah sebagai jalan penyelesaian. Sebelum itu, bahan-bahan … Read more