Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan

Rasulullah bersabda:     “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:    1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar    2. melihat tempatnya didalam surga    3. dilindungi dari azab kubur    4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar    5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,    6. dan diperkenankan … Read more

Kenikmatan penghuni neraka masuk ke syurga

Selepas diazab adakah orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka? Jawapannya tidak dan sesiapa yang mempunyai di dalam hatinya sebesar biji sawi keimanannya maka dia tidak akan kekal di dalam neraka, malah dia akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Semuanya telah kita pelajari dan semuanya menunjukkan bahawa orang yang membuat dosa … Read more

Anak Perisai Api Neraka

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa … Read more

Balasan membebaskan hutang

Dari Abdullah bin Abu Qatadah r.a, katanya: Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah,:Aku sedang dalam kesulitan. Maka berkata Abu Qatadah:Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,:Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan … Read more

Menjelang Kiamat apabila Nabi Isa turun

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat masa Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian.” [0127] … Read more

Rasulullah saw bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan "

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan : (1) Mempersekutukan Allah  (2) Sihir  (3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali kerana alas an yang dibenarkan Allah (seperti qisas)  (4) Memakan harta anak yatim (5) Memakan riba (6) Lari dari medan pertempuran (7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan … Read more

Cara penghuni neraka tidur

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi saw sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah). Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata ; Rasulullah saw … Read more

Mencegah kezaliman

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:  Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.

Ancaman meninggalkan Solat Jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?

Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk

Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a :  Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku : Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka … Read more