CODEX ALIMENTARIUS atau �Buku Makanan� atau senang kita panggil sebagai ‘Book of Food’ dimana ia adalah satu kumpulan piawaian (standard) yang diterima diseluruh dunia. Ia mengandungi Kod Amalan, Panduan dan Rekomendasi lain yang berhubung dengan Piawaian makanan (food standards), Pengeluaran makanan (food production) dan Keselamatan makanan (food safety). Dari segi sejarah nama ini berasal piawaian ini adalah dari Codex Alimentarius Austriacus. Buku-buku laporan awal dikembangan dan dikedalikan oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius (Codex Alimentarius Commision) iaitu sebuah badan bebas yang ditubuhkan awal November 1961 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) dan kemudian ia bergabung dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada bulan Jun 1962 diman ia kemudian mengadakan mesyuarat pertamanya pada bulan Oktober 1963. Tujuan utama organisasi ini adalah untuk melindungi kesihatan pelanggan dengan mempastikan pemgamalan yang adil didalam sistem perdagangan bahan makanan seluruh dunia. Kini Codex Alimentarius ini digunapakai oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) sebagai bahan rujukkan antarabangsa untuk menyelesaikan perselisihan mengenai keselamatan makanan dan perlindungan kepada pelanggan. Seterusnya pada tahun 2012 telah ada sebanyak 186 negara yang menjadi ahli kepada Suruhanjaya Codex Alimentarius. Negara ini terdiri daripada 186 negara anggota dan satu organisasi anggota Kesatuan Eropah (EU). Selainitu juga terdapat 215 pengamal Codex terdiri dari 49 organisasi jabatan krerajaan, 150 NGo dan dan 16 Pertubuhan dari PBB. Semua program dan objektif itu selalu dikemaskini dengan sedemikian rupa dengan piawaian yang lebih baik daripada piawaian sebelumnya. Piawaian ini juga ada sesetenah blog negara tertentu atau organisasi yang juga menggunakannya untuk isu-siu perdagangan diantara region dan negara. Artikel pagi ini dari Amara Grand Hall, Hotel Smara, Singapura saya menulis lagi dalam “Anim Agro Technology” mengenai CODEX ALEMANTARIUS bagi memberi info berguna kepada semua pembaca untuk bahan rujukkan dan bahan bacaan.
Kewujudan sistem Codex ini dibangunkan dengan pendekatan terkini bagi menjamin keselamatan makanan dan kebersihannya serta kualiti produk tanaman. Aktiviti buat semakan dan mengemas kini piawaian Codex dibuat oleh pasukan pakar dimakmal diseluruh dunia bagi mengesan kesan sisabaki dalam hasil pertanian secara berkala. Teknologi amalan pertanian secara komersil dan mendapat sijil MyGAP boleh menjamin bahawa hasilan tanaman adalah selamat untuk dimakan. Ada dilaporkan dimana penggunaan tanaman GMO juga menjadi satu cabaran kepada manusia dimana dinyatakan pokok GMO juga mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan manusia ataau makanan haiwan. Ada juga kemungkinan ancaman bahaya ini disebabkan oleh DNA tumbuhan dan haiwan yang berubah dari standard genetik sedia ada. Codex Alemantarisu menetapkan kandungan mini bahan kimia yang dibenarkan diman jika melebihi kadar tersebut makan ia menjejaskan pengguna. Sebagai contoh untuk kandungan bahan Dinofuran dalam mangga adalah sebanyak minima 0.5 mg/kilogram bermakna jika mangga lain mengandungi 0.8 mg/kg maka mangga tersebut sudah tidak selamat dimakan. Setiap 100 gram buah mangga yang boleh dimakan sebaiknya mengandungi sekitar 60 kcal, 0.4 gram lemak, 168 gram kaliam, 1% Kalsium, 15 gram karbohiderat, 14 gram gula, 1.6 gram serat, 21% Vitamin C dengan keperluan diet mangga sebanyak 2,000 kalori sebgai diet yang sihat. Nilai permakanan seperti ini ada dinyatakan dalam setiap produk makanan proses dimana ia membantu pengguna dalam mengakses makanan mereka. Sebenarnya aktiviti penilaian makanan ini bermula sejak mula menanam, amalan agronomi, penuaian, pemprosesan hasil sehingga sedia dihidangkan diatas meja untuk dimakan. Walau masih ada kontroversi dalam persepsi penggunaan piawaian Codex Alemantarius ini sebagai mandatori akan tetapi ia merupakan salah satu kaedah terbaik dalam menentukan kualiti makan dari segi keselamatan makanan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!….
CODEX ALEMANTARIUS…APA DIA…
PIAWAIAN MAKANAN… SATU DUNIA…
ADA NILAI KHUSUS… DI TERIMA…
MAKANAN SELAMAT… UNTUK SEMUA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Amara Ballroom, 3rd Floor,
Amara Hotel, 165, Jalan Tg Pagar,
Singapore.
(30 Syawal 1440H).
Hadir ASWGC Meeting 2019.





