MANGGA HARUMANIS (MA128) merupakan sejenis mangga premium kebangaan Negeri Perlis. Apabila musim buah mangga harimanis sampai sekutar bulan Mei – Julai maka akab bermulalah media massa melaporkan akan beberapa perkara mengenai buah mangga premium ini. Dasripada soal garha sehingga kepada pasaran dan kualiti buah dan eksport ianya akan dibincangkan saban tahun. Pada petani mereka terus berusaha menjada tanaman mangga ini semaksima mungkin dengan kos agak tiggi berbanding dengan tanaman buah-buahan yang lain. Mereka akan meronda dengan keenderaan khas untuk memeriksa da menjalankan amalan agronomi setiap masa (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya para peminat mempelam harumanis pastinya akan menarik nafas lega apabila pijak Jabatan Pertanian bersama pihak FAMA yelah memperkenalkan satu bentuk piawaian khas bagi memastikan buah yang dijual di pasaran benar-benar tulen dan berkualiti tinggi. Piawaian dikenali sebagai Harumanis Standard itu kini dipromosikan kepada pekebun di negeri ini pada musim pengeluaran sebagai garis panduan dan rujukan pelbagai pihak. Kini dilaporkan piawaian itu diterima dan dipersetujui semua pihak terlibat dalam rantaian pemasaran melibatkan petani, pemborong, peruncit dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menerusi pengenalan Harumanis Standard yang dilakukan secara terperinci dijangka sudah pasti ia akan dapat memberi kepercayaan kepada pengguna, peruncit dan pemborong harumanis. Ada juga sesekali media melaporkan dimana ujud dakwaan dimana pembeli harumanis dari dalam dan luar negeri ini pada musim lalu terhadap ketulenan buah itu khususnya mereka yang membuat pembelian melalui pos. Perkara itu sedikit sebanyak diakui telah menjejaskan nama baik harumanis dan kerajaan negeri. Itu tidak termasuk peniaga yang sewenang-wenangnya menggunakan nama harumanis seperti �harumanis tipu� dan �harumanis Thailand� atau �mempelam Perlis� semata-mata untuk melariskan jualan mereka. Kini bagi memberi keyakinan kepada pengguna dan pada masa sama kerajaan akan mengga�lakkan pengusaha, peruncit dan pemborong menggunakan pelekat harumanis (HM) Perlis pada buah, sebagai satu jenama. Artikel malam ini dalam blog ”Anim Agro Technology” saya mempaparkan rencana mengenai piawaian dan strategi pasaran harumanis.
Dalam majlis berlainan dlaporkan dengan tajuk ”Harumanis dicadang menu wajib majlis kerajaan”. sesuai dikupas beritanya. YB Menteri Pertanian Dato Salahuddin Ayub melancarkan Roda Harumanis (inovasi) Industri pada majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani peringkat Negeri Perlis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri, Kangar. Beliau berkata beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis dijadikan menu wajib majlis-majlis anjuran kementerian dan agensi kerajaan. Cadangan itu adalah untuk membantu perkembangan industri harumanis negara, terutama di Perlis. FAMA telah menubuhkan satu unit khas bagi memasarkan produk ikon Perlis itu ke pasaran antarabangsa. Kementerian Pertanian akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan musim buah-buahan Malaysia sebagai antara produk pelancongan negara. Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani peringkat negeri Perlis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang. Semasa berucap merasmikan majlis itu YB Menteri juga berkata usaha perlu dipergiat untuk mencari tanaman alternatif yang boleh dikomersialkan untuk tempoh jangka panjang bagi menggantikan getah dan kelapa sawit. Ini juga akibat ketidakstabilan harga kedua-dua komoditi itu telah menjejaskan kehidupan para pengusaha serta memaksa kerajaan memberi subsidi agar kedua-dua industri terus hidup dan memberi pulangan setimpal. Kini negara sedang cabaran dan persaingan negara pengeluar kacang soya yang berusaha merosakkan industri kelapa sawit dengan memburukkan minyak sawit dan penerokaan hutan. Justeru kin untuk jangka panjang adalah bahaya jika kita berterusan bergantung kepada hasil kelapa sawit dan getah. kini tanaman baharu yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi hendaklah ditanam dengan lebih meluas, namun, kajian mendalam perlulah dilaksanakan terlebih dahulu. Kini beliau turut mencadangkan agar petani yang memiliki tanah yang kecil-kecil supaya bergabung di bawah satu pengurusan untuk mengusahakan tanaman secara besar-besaran bagi memaksimumkan hasil dan pendapatan. Pada majlis itu YB Menteri turut menyampaikan replika cek RM1 juta kepada Pengurusan Kluster Harumanis Perlis manakala RM57,000 sebagai insentif kepada Agropreneur Muda MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Semuga tilisan atrikrl ini mmberi info bergun kepada pembaca blog anim agro technology kali ii. Wasallam!!!…




