IKAN EMPURAU (Keluarga – Cyrpinidae) atau IKAN KELAH merupakan sejenis ikan air tawar yang sangat eksotik dan merupakan antara jenis ikan air tawar termahal semasa ini. Pada saya di Semenanjung Malaysia ikan ini lebih popular dengan penggilan Ikan Kelah (bahasa Inggeris adalah Mahseer) merupakn sejenis ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar dan merupakan ikan untuk aktiviti sukan (sport fishing) yang digilai dan banyak terdapat di India, Indonesia, Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan jenis Golden Mahseer pernah dilaporkan seenis ikan kelah yang besar hingga mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya walaupun spesimen sebesar ini jarang dijumpai pada hari ini. Pada keadaan biasa dilaporkan Ikan Empurau atau IkanKelah ini mendiami di sungai serta tasik dan naik sehingga ke anak sungai yang ada arus deras serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Pada umumnya ia serupa dengan jenis ikan kap yang lain iaitu mereka juga ikan merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Kalau di Malaysia ikan Empurau lebih sinonim di Negeri Sarawak sebagai Ikan Ingegebious. Ia merupakan spesis ikan air tawar yang mahal sehingga terkenal diseluruh dunia. Pernah dilaporkan seorang Tycoon Jutawan daripada Hong Kong datang ke Kuching dengan jet peribadinya semata-mata ingin menikmati hidangan ikan empurau yang harganya mencecah ribuan ringgit. Ikan empurau merupakan ikan eksotik yang sukar didapati dalam keadaan liar semulajadi dan kadar pembiakan dan tumbesaran lambat menyebabkan ia menjadi mahal. Walau pun di negara Barat ikan seperti ini sebagai delikasi jenis ikan kap, ikan empurau didakwa mempunyai daging isi yang lebih enak dengan tekstur yang lebih kenyal. Dalam keadaan semulajadi ikan empurau ini makan buah-buahan daripada tumbuhan tebingan sungai sepanjan sungai. Ini menyebabkan rasa ikan empurau adalah berkrim, savor, manis sedikit dengan ada bau seperti buah-buahan. Artikel petang Khamis ini sempena cuti Awal Puasa (1 Ramadan) bagi Negeri Johor saya menulis dalam ”Anim Agro Technology” mengenai Ikan Empurau sekadar dijadikan bahan rujukkan. Penulis berkongsi sama membeli dan makan seekor ikan empurau bersama rakan-rakan baru-baru ini di Sarawak dengan kos yang mahal.
Pada penulis blog mendapati ujirasa ikan empurau masak steam ini unik bergantung kepada kaedah dan cara memasanya. Bila dihidanagkan memang perut kena kosong untuk merasa ikan yang mahal ini (Sila lihat foto disebelah). Memang enak makan ikan ini dengan nasi putih beras baru. Memang bagi penduduk tempatan ditebing sungai di Borneo dan Sarawak bertuah bila dapat menangkap ikan ini. Apa pun jika ada peluang mereka akan lebih rela tidak makan tetai menjualnya kerana harga yang mahal dipasaran. Bila ada kalangan mereka berjaya menangkap ikan epurau seberat 5 kg maka seakan mereka mendapat loteri dan rezeki kerana seekor ikan empurau direstoren dijual dengan harga RM1,000 – RM 1,500 ( US $300 � $500). Kenapa begitu mahal?. Ini kerana ikan empurau adalah ikan dari keluarga Tambroides yang didapati di Asia Tenggara dan juga di anggil Ikan Kelah atau Ikan Belian dikalangan orang Melayu. Ikan ini juga dijupai dia Vhao Phraya, Thailand dan Sungai Mekong. Ikan empurau merupkan ikan air tawar yang makan buaha-buahan yang jatuh dalam air jernih yang bersih. Buah-buahan dari tumbuh-tumbuhan ini yang jatuh dijadikan makanan ikan empurau dikelaskan sebagai ‘Fruittarian Fish’ dimana ini adalah keunikannya.Dikalangan masyarakat China dia digelar ‘The Unforgettable Fish’atau ‘Wang Bu Liao’ juga digelar sebagai ‘King of the River’. Ad juga peminat ikan ini yang menjadikannya sebagai ikan hiasan sama seperti spesis ikan kap lain sebagai satu simbul Kemewahan dan ‘Good Furtune’. Penulis blog sempat bertanya dimana ikan empurau segar seberat 1 kg dijual sekitar RM1,000 – RM1,500 baru-baru ini di Sarawak dan harga ini juga bergantung kepada umur dan berat. Orang kaya dari Singapura dan China merupakan sasaran makan ikan ini. Kajian harga menunjukkan di Ipoh, Perak ikan ini djual dengan harga RM1,900 (USD500) dan di Kuala Lumpur ia dijual dengan harga RM2,100 (USD 560) untuk satu hidanga. memang mahal ikan empurau ini.
IKAN EMPURAU .. APAKAH DIANYA…
SANGAT TERKENAL..DIMANA-MANA…
SPESIS IKAN KELAH… LAIN CIRINYA….
HARGA MAHAL.. UNTUK ORANG KAYA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1226, Hotel Hilton,
Kuching, Sarwak,
Malaysia.
(2 Ramadan 1439H).




