JAGUNG MANIS (Zea mays) merupakan sejenis tanaman singkat masa yang amat popular ditanam di Malaysia setiap tahun dimana ia mampu menjana pendapatan lumayan. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari kawasan asal di sungai Balsas Lembah berada di Mexico Selatan sebagai tanaman makanan utama waktu itu/ Kajian mendapati terdapat sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression. Pada masa ini penanaman jagung manis kebanyakannya adalah dari jenis kacukan atau hibrid yang diimport dari luar negara. Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,300 – 6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 90% adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja mampu menghasilkan lebih 35% daripada bekalan jagung manis untuk pasaran tempatan dan eksport. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura. Jagung manis juga kini dijadikanan makanan snek yang popular menjadi produk ‘cup corn’ yang dijual di pusat membeli belah dan gerai di lebuhraya. Syarikat seperti Nelson diantara yang syarikat yang mempelopori produk berasaskan jagung manis cup corn terkenal di Malaysia. Sila baca artikel berkaitan (Sila klik disini). Persoalannya adalah menanam jagung manis ini menguntungkan?. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai kosting tanaman jagung untuk dijadikan panduan semua.
Kelompok mereka memberi tumpuan meningkatkan hasil projek tanaman jagung manis yang menjadi punca pendapatan utama ramai penduduk dikampong ini. Sebenarnya selain dari tanaman padi beberapa langkah proaktif dilakukan supaya peningkatan luas tanaman jagung dapat dijalankan secara meluas bukan saja tertumpu pada kawasan kampung semata-mata, tapi merentasi kawasan luar. Projek kelompok ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus menambah punca pendapatan masing-masing. Tanaman Jagung manis yang dihasilkan di ladang terbabit dibahagikan kepada gred A bagi berat melebihi 320 gram setongkol, Gred B (280 gram hingga 320 gram) dan Gred C (kurang 280 gram). Penentuan gred jagung manis ini diterimpakai oleh pembeli dan pemborong pasar malam yang sering datang untuk mendapatkan bekalan. Tanaman ini mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun dengan setiap musim memerlukan 65 hingga 70 hari untuk dipetik. Sebenarnya dalam penelitisan penulis blog mendapati dimana jagung memerlukan cuaca panas namun jika terlalu panas ia boleh mendatangkan kesan kepada mutu tanaman. Walaupun proses penanaman jagung manis tidak rumit tetapi kemahiran asas dalam pengurusan tanaman perlu betul. Jabatan Pertanian sering memberikan khidmat nasehat kepada kumpulan ini setiap masa dalam aspek teknikal dan pengurusan tanaman jagung manis.JAGUNG manis yang dikumpulkan akan digredkan sebelum dihantar kepada pemborong atau dihantar ke kilang untuk diproses. Paling penting dalam aktiviti penanaman jagung manis adalah mengenai kawalan serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik. Kawasan ladang juga perlu bersih kerana rumput yang panjang dan semak menyebabkan pokok kurang subur serta hasil berkurangan. Kini setongkol jagung bagi gred A dijual dengan 70 sen, gred B dijual dengan 40 sen dan gred C pula dijual dengan 25 sen. Ketua Kelompok Jagung Manis Kampung Pering iaitu Ku Senang Ku Ahmad berumur 51 tahun juga berkata selain projek tanaman jagung manis, KATKB turut membina sebuah kilang memproses kordial jagung di Kodiang sebagai alternatif perniagaan. Pasaran diperluaskan ke seluruh negara melalui media sosial dan pasar raya bagi mengembangkan perniagaan KATKB. Mereka kini mempunyai lebih 20 pekerja sepenuh masa dan separuh masa untuk mengendalikan kilang berkenaan. Alhamdulilah, kordial jagung ini mendapat permintaan menggalakkan kerana keenakan rasanya. Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tanaman dan kordial jagung boleh menghubungi melalui Facebook KATKB. Semuga artikel ini memberi info relevan kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
JAGUNG MANIS… TANAMAN UTAMA…
MUDAH DIPASARKAN… ADA HARGA…
KATKB BERUSAHA… BERSAMA-SAMA…
MENJADI CONTOH… DUIT DIJANA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Pering, Kodiang,
Kedah, Malaysia.
(12 JamadilAwal 1438H)



