JCorp telah berjaya mengeksport nanas MD2 daripada Ladang Kulim Pineapple Farm (KPF) ke banyak negara dimana majlis pelancaran pertama ke Kuwait dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kini Johor Corporation (JCorp) menerusi anak syarikatnya, Kulim (Malaysia) Bhd. (Kulim) menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 3,800 tan metrik nanas premium MD2 dengan 30 peratus adalah untuk eksport pada tahun 2019. Majlis pelancaran yang dilaksanakan di pusat rawatan eksport (PRE) yang canggih di ladang ini menjadikan KPF bakal menjadi satu hub penanaman, pemprosesan, perawatan dan juga pengeksportan buah nanas di Negeri Johor. Penulis blog yang turut hadir didalam majlis tersebut mendapati ia diuruskan secara profesional bagi mempastikan penghasilan nanas MD2 negara akan terus kukuh bagi menembusi pasaran dunia. Kini tanaman nanas terutama jenis nanas premium MD2 diktiraf oleh kerajaan sebagai Sumber Kekayaan Baru (SKB) yang dijenamakan semula oleh kerajaan baru sebagai Sumber Rezeki Baru (SRB) kerana ia mampu menjana pendapatan baik kepada pengusahanya. Nanas (Ananas commosus) merupakan antara komodi penting di Malaysia dimana terdapat seluas lebih daripada 13,440 hektar tanaman nanas diusahakan pada tahun 2017 dengan nilai pengeluaran mencecah RM610 juta. Daripada jumlah tersebut sekitar 2,000 hektar merupakan tanaman nanas varieti MD2 yang telah diusahakan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) melalui Program Pembangunan Nanas Premium MD2 semanjak tahun 2010. KPF merupakan kawasan nanas MD2 yang ditanam diatas tanah mineral bekas ladang kelapa sawit dahulunya. Artikel malam ini dalam blog “Anim Agro Technology” saya menulis mengenai kejayaan JCorp untuk mengeksport nanas kebeberapa dunia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Kulim terus mengorak langkah dalam usaha untuk mengembangkan penanaman nanas dan sehingga kini terdapat 360 hektar tanaman nanas MD2 diusahakan secara komersial di Ulu Tiram di sini, Kluang dan terbaharu di Tanah Abang, Mersing dengan mana LPNM banyak membantu dalam industri ini. Syarikat KPF kini dalam perancangan untuk meluaskan tanaman nanas jenis MD2 kepada 1,000 hektar menje�lang tahun 2021. Dalam pada itu YB Menteri Pertanian Datuk Salahuddin Ayub melihat bagaimana kaedah mekanisasi diladang nanas digunakan seperti teknologi ‘boom spray’ untuk pembajaan dan ‘Moving conveyer tractor’ untuk menuai nanas di KPF di Ulu Tiram. Turut hadir dalam lawatan kerja adalah Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani Datuk Saehuddin, Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Naim dan juga Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Jamal Harizan. Lawatan ini dilakukan dengan aktiviti gimik penanaman nanas MD2 di ladang KPFUlu Tiram (Sila lihat foto disebelah). Pengurus Ladang Mohamad Yami dalam taklimatnya berkata kejayaan syarikat didlam pengeluaran benih nanas MD2 juga me�ningkat dari 2017 iaitu sebanyak 3.4 juta benih kepada 4.4 juta benih yang disasarkan pada tahun ini yang mana sehingga Ogos 2018 sahaja meraka telah mencapai 2.6 juta benih MD2. Ladang ini menerima persijilan Skim Pengesahan bahan Tanaman (SPBT) yang mengesahkan benih sulurnya adalah sesuai untuk dijual dan ditanam dikawasan lain yang memerlukannya.Published from:
Fountain Frontage, Buruj Khalifa,
Dubai, UAE>
(5 Muharram 1440H).





