Mungkin kerana itulah beliau awal-awal lagi membuat telah dalam artikel beliau yang bertajuk,’Bagaimana Kalau Kesemua Aduan Tulang Besi Ditolak’. Jika ini berlaku maka bolehlah beliau jadikannya modal untuk bantai PAS.
Jika beliau benar-benar ahli PAS, maka beliau patut menubuhkan parti yang lebih Islam daripada PAS. Ini memandangkan tulisan beliau yang bertajuk ‘September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu?. Walaupun artikel beliau mempunyai tanda tanya, ia tetap menjurus kepada satu tuduhan.
Dengan menubuhkan parti baru yang lebih Islamik daripada PAS, beliau boleh menjadi Presiden. Mungkin tidak menjadi masaalah bagi beliau untuk menubuhkan parti baru kerana beliau mempunyai ramai pengikut seperti yang kita sedia maklum.
Tidakkah jawatan tertinggi sudah menjadi idamannya sejak dulu lagi. Silap-silap boleh jadi Perdana Menteri, kalau parti beliau itu menang pilihan raya. Bukan senang woi………. kalau tak menang majoriti, mungkin boleh buat tawar menawar dengan Najib, jadi timbalan beliau. Tak payah lagi berulang-alik ke Indonesia, kalau gatal nak pergi pun dah tak susah pasal ada jet peribadi.