Posted in

Kek Seperti Istana

Kedai bakeri membina sebiji kek istana setinggi 5 meter bagi memenuhi kehendak sepasang pengantin yang mengidamkan kek luar biasa sempena majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.

Le Novelle Cakes yang berpangkalan di sini berkata, pihaknya mengambil masa selama satu bulan untuk mereka bentuk kek istana itu.


�Pasangan itu menyatakan bahawa mereka mahu sebiji kek berbentuk istana dengan menjadikan bangunan parlimen sebagai rujukan.

�Kami bersetuju menerima tempahan itu dan terpaksa menggunakan 15 pekerja bagi menyiapkan kek ini,� kata salah seorang pekerja, Miyo Minaki.

Kek fondant buatan tangan itu dihiasi dengan bunga, gereja kecil, tiang-tiang berbentuk istana selain turut diterangi dengan lampu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *