KEREPEK PISANG CHEESE (Banana Cheese chip) kini merupakan satu produk kerepek yang semakin popular. Ini kerana resepi ini memang boleh kita di Malaysia jumpa terutama semasa hari perayaan utama dan ada dipasaran. Buah Pisang (Musa spp) merupakan tanaman penting di kawasan negara yang beriklim tropika dan sub-tropika yang sesuai ditanam dengan pelbagai jenis pisang untuk dimakan segar atau diproses menjadi produk hiliran lain. Kebanyakan buah pisang adalah untuk di makan segar dan sebahagian lagi memang sesuai untuk dibuat kuih termasuk dijadikan Kerepek Pisang. Teknologi Prosesan Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara nak buat kerepek pisang cheese yang semakin popular dikalangan pengguna. Pada penulis blog membuat sendiri kerepek pisang amat mudah dan boleh memberikan hasi pulangan yang memang lumayan terutama pada musim perayaan. Penelitian penulis di beberapa negeri mendapati harga kerepek pisang tandok sekilo mampu mencecah RM12.00 – RM18.00 sekilogram pada raya puasa yang lalu. Bagaimana pun harga ini akan terus meningkat dimasa akan datang kerana permintaannya semakin tinggi. Kini dengan teknologi membuat kerepek semakin moden dan terdapat pelbagai perasa seperti Kerepek Pisang Sira Manis, Kerekep Pisang Sira Pedas Manis dan Kerepek Pisang perasa asli maka telah ujud Kerepek Pisang Perasa Cheese. Rencana subuh ini saya akan kongsi maklumat dalam “Anim Agro Technology” mengenai bagaimana membuat kerepek pisang cheese untuk tatapan pembaca.
Teknologi makanan yang terlibat dalam membuat kerepek pisang ini bermula daripada aspek iaitu dari pemilihan jenis pisang yang sesuai untuk buat kerepek. Tidak semua pisang sesuai untuk buat kerepek pisang kerana rasanya akan menjadi tidak sedap. Jenis pisang yang paling sesuai untuk buat kerepek adalah pisang tandok namun bekalan kurang dan harga agak mahal. Ini kerana sifat pisang tandok itu sendiri berbuah dak de la banyak untuk setandan. Selain pisang tandok, pisang abu atau nipah dan pisang nangka serta pisang buluh juga biasa dibuat kerepek. Dari itu untuk membuat kerepek pisang ini, pisang yang matang dipilih kerana berdasarkan teknologi makanan pisang yang masak tak sesuai buat kerepek kerana pisang masak lembik dan juga kandungan gula tinggi jika digoreng,gula akan ianya akan menghitamkan pisang kerana dah jadi karamel. Cara nak buat kerepek pisang ini amat mudah dan bahan lain yang diperlukan adalah kualiti, minyak masak, sedikit garam, dapur, pemotong pisang atau slicer atau nak mudah pemarut atau dikenali juga sagat. Teknik atau teknologi makanan untuk buat kerepek pisang adalah dimana minyak masak dimasukkan kedalam kuali. Ia kemudian dipanaskan hingga benar-benar panas. Kemudian biji pisang matang dibuang kulit dan terus disagat atau di ‘slice’ nipis kedalam kuali dan digoreng hingga warna kekuningan. Pisang yang telah siap digorengkan ditoskan kemudian disejukkan. Jika nak masin pada rasa pisang maka boleh gaul dengan sedikit garam dan dibungkuskan dalam plastik untuk makan sendiri ataupun untuk dijual.


