Pada 29.4.1993 Upacara melantik Tengku Ibrahim Indra Petra telah dilangsungkan di Ketereh anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan [Annuar Musa Pengerusinya] bagi mengantikan Sultan Ismail Petra yang ada sekarang, yang pada pemikiran pada waktu itu Sultan Ismail bukan waris yang sah.
Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas, Mohamad Yakob menghina Sultan. Pada 23.4.1993 UMNO membuat perarakan ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan turun tahta.
Umum mengetahui bagaimana seriusnya perpecahan yang berlaku kepada Umno antara Team A dan Team B. Itulah sikap hipokritnya Umno apabila sokongan orang Melayu terhadap mereka semakin pudar, maka akan dilaungkan diseluruh dunia yang orang Melayu sudah berpecah. Tidak kira siapa pemimpin tersebut, baik Mahathir mahu pun Ku Li, agenda mereka tetap sama.
Sekarang Umno dengan ‘Ketuanan Melayu’ dan Ku Li pula dengan ‘Darjat Yang Diambil ‘ kembali oleh Sultan Muhammad V iaitu cucu saudaranya sendiri. Jika ditanya oleh kebanyakkan orang, pasti mereka lebih menyokong pertabalan Sultan Muhammad V yang tidak diikat oleh mana-mana pihak. Tiada siapa yang berani menyanggah Sultan Muhammad V, melainkan mereka menolak Ku Li kehadapan sebagai jurucakap.

