KRISIS HARGA MAKANAN DUNIA (World food price crisis) pernah berlaku beberapa kali dalam sejarah dunia tetapi yang paling terkesan adalah krisis harga makanan sedunia pada tahun 2007- 2008. Krisis harga makanan ini merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang menagkibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta menyebabkan kesan ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara. Keadaan itu telah menjejaskan pengeluaran makanan asasi di negara masing-masing dan seterusnya telah meningkatkan harga pasaran. Terdapat beberapa kerajaan hanya mengawal harga dan memberi subsidi empat makanan utama termasuk langkah kerajaan Malaysia masa itu seperti gula, gandum, beras dan minyak masak manakala harga makanan lain ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran serta faktor lain. Pada masa tersebut kadar pengeluaran makanan adalah tidak seimbang dengan keperluan penduduk dunia di mana pertambahan penduduk dicatatkan sebanyak 4.0% manakala peningkatan pengeluaran bahan makanan hanya sebanyak 2.0% sahaja. Rajah diatas menunjukkan dimana kenaikan harga jagung meningkat 34%, Harga Beras naik 74%, Harga Soya naik 87% dan Harga Gandum naik 130%. Diantara beberapa punca kekurangan bekalan makanan dimana berlaku penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia khususnya dirantau atau negara penting yang menghasilkan makanan bijirin seperti di USA, Thailand, Vietnam dan Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan oleh peningkatan penggunaan bio- bahan api di negara-negara maju. Ia disokong dengan kadar peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia. Begitu juga masa itu berlaku kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja dan input pertanian lain. Semua faktor-faktor ini ditambah pula dengan kadar simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham telah pun menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia pada tahun 2007-2008. Artikel petang ini sambil berehat saja dirumah sempena cuti khas kemenangan sukan SEA KL 2017, saya terus menulis dalam “Anim Agro Technology” bagaimana krisis harga makanan dunia melanda dan beberapa fakta berkaitan dengannya.
Faktur krisis makanan ini juga dikaitkan dengan isu subsidi bio-fuel di USA dimana mengikut laporan FAO atau ECMB bahawa penggunaan tanah sedunia untuk pertanian telah banyak merosot semenjak tahun 1980-an lagi. Keadaan menjadi lebih parah apabila subsidi di luar USA dan EU terus menurun semenjak tahun 2004 dimana kesannya terhadap bekalan makanan dunia amat ketara. Dilaporkan bekalan yang meskipun masih cukup untuk memenuhi permintaan pada tahun 2004 tetapi ia masih terancam apabila USAmula menukar komoditi pertanian kepada tanaman untuk biofuel. Laporan oleh USDA pada waktu itu menunjukkan dimana jumlah import dan simpanan gandum dunia semakin berkurangan emngakibatkan kes penggunaan domestik terbantut. Dilaporkan dimana kadar penghasilan gandum sedunia merosot sejak tahun 2006 hingga 2008. Di USA juga subsidi kerajaan bagi penghasilan etanol telah mendorong ramai petani beralih kepada tanaman untuk membuat bio-fuel dan kesannya sekitar 23% kawasan tanaman jagung digunakan untuk etanol pada tahun 2007 (iaitu naik 6% dari tahun 2005) dan perkara ini seterusnya menyebabkan bekalan makanan berkurangan. Walau pun perkara ini adalah punca komulatif yang menyebabkan krisis harga makanan dunia tetapi selepas pulih pun harga makanan tetap pada paras lebih tinggio sebelum krisis berlaku.
Paling teruk kesannya adalah pada negara membangun apa lagi terhadap negara miskin. Dilaporkan sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008 didapati harga sesetengah komoditi iaitu makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Sebagai analisa, harga pasaran gandum antarabangsa naik berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008 iaitu ia mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel. Harga beras juga terkesan dan turut mencapai takat tertinggi dalam jangkamasa 10 tahun. Di sesetengah negara lain dilaporkan dimana harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda. Bagi komoditi penting seperti kacang soya ia juga dilaporkan menuncak harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007 dan berlaku juga pada jagung yang turut naik mendadak. Bagi memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius ada dimana sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan pengharaman eksport beras dengan ketat. Sesetengah negara Eropah pula termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali dimana ini sekaligus memacu lagi kesan peningkatan harga untuk negara-negara yang pengimport makanan. Seperti negara membangun yang lain negara kita Malaysia masa itu juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa. Kesan lain dari sudut politik adalah disebabkan kenaikan harga sudah menjejaskan tempat-tempat di Asia dan Afrika agak teruk seperti apa yang berlaku di Burkina Faso, Cameroon, Senegal, Mauritania, Cote d’Ivoire, Mesir dan Maghribi yang telah menyaksikan tunjuk perasaan dan rusuhan pada akhir tahun 2007 dan awal 2008 mengenai ketandusan makanan ruji asasi mereka. Negara-negara lain yang menyaksikan rusuhan makanan atau pergolakan seumpamanya termasuk negara seperti di Mexico, Bolivia, Yaman, Uzbekistan, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Penulis blog juga berharap pengeluaran makanan dunia akan terus meningkat dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui teknologi yang lebih moden. Semuga tulisan ini memberi info imbasan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KRISIS MAKANAN DUNIA…ADA CERITA…
BANYAK FAKTOR… BERMULA DI SANA…
PERLU DIRANCANG…SEMUA NEGARA….
MAKANNAN CUKUP… SEMUA BAHAGIA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Bruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(14 Zulhijjah 1438H)







