BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular dimana ia merupakan antara 10 jenis buah tropika yang popular ditanam dan di makan diseluruh dunia. Di Malaysia betik lazimnya ditanam untuk pasaran domestik dan ekspot. Pengeluaran buah betik dunia adalah sekitar 100,000 metrik tan setahun dengan negara Brazil meupakan pengeluar betik terbanyak didunia diikuti dengan negara Mexico, Indonesia, India, Zaire, Taiwan dan Filipina (Sumber: Laporan FAO Statistic 2011). Malaysia menanam seluas 3,512 hektar tanaman betik dengan jumlah anggaran pegeluaran buah sekitar 52.4 metrik tan pada tahun 2012 (Sumber:Laporan Tahunan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Terdapat banyak varieti betik yang dihasilkan melalui program biakbaka (Plant breeding) dan juga program adaptasi teknologi pakej tanaman bentik dengan persekitaran setempat. Dalam saya membaca buku berjudul “Tropical Fruits – Volume 1′ karangan Robert E. Paull dan Odilo Duarte yang diterbitkan oleh CABI International 2011, saya menjumpai keterangan mengenai beberapa kultivar popular ditanam di beberapa negara sebagai satu industri penting. Penulis juga merujuk kepada beberapa buah buku lain dan paling banyak membca daripada lamanweb. Terdapat banyak kultivar betik yang ditanam dan dipasarkan untuk mempastikan buah ini terus mendapat permintaan tinggi dan dikelaskan sebagai buah yang berkhasiat. Artikel subuh Rabu Hari Raya ke 4 tahun 2017 ini saya berusaha mempaparkan dalam “Anim Agro Technology” mengenai varieti atau kultivar betik diseluruh dunia mengikut buku tersebut dan lamanweb untuk rujukkan anda.
(1) AUSTRALIA
1. Improved Petterson – Isi warna kuning (Dioceous)
2. Guinea Gold – Isi warna kuning (Hermaprodite)
3. SunnyBank/S7 – Isi warna kuning (Dioecious)
4. Richer/Arline – Isi warna kuning (Dioecious).
Bagaimana pun terdapat beberapa kultivar betik lain yang ditanam di Australia iaitu (5) BettinaImproved Petersen PetersenHybrid No 5 (6) Yarwun Yellow (7) Gold Cross (8) Goldy, (9) Hong Kong (10) Golden Surprise. Kultivar ini ditanam mengikut lokasi dan musim tertentu untuk mendapatkan keluasan yang mencukupi.
(2) BENUA AMERIKA
(3) USA
1. Florida –
b) Betty – Isi kuning (Dioecious)
c) Homestead – Isi kuning (Dioecious)
2. Hawai –
b) Sunrise – Isi merah (Hermaprodite)
c) Waimanalo – Isi kuning (Hermaprodite)
d) Rainbow – Isi kuning (Hermaprodite).
(4) VENEZUELA
(5) CARRIBEAN/BARBADOS
Dinegara ini tiga kultivar yang popular ditanam untuk kegunaan domestik dan eksport adalah 1. Wakefield dan 2. Graeme 5 dan 3. Graeme 7.
(6) CUBA / TRINIDAD / R. DOMINICAN
Manakala di Cuba mereka menanam kultivar yang dikenakli dengan mnama 1. Maradol – dimana betik ini mempunyai isi meah (Hermaprodite). Sementara itu di Trinidad mereka menggunakan kultivar betik iaitu Santa Cruz/ Giant Cedro –
dan di Republik Dominocam dengan kultivar iaitu Cartegena – mempunyai ciri isi kuning (Hermaprodite).
(7) AFRIKA SELATAN
Bagi negara Afrika Selatan mereka juga aktif menanam betik untuk pasaran domestik dan eskport. Bagaimana pun penanaman betik dinegara tersebut adalah mengikut musim kerana faktur cuaca. Mereka menanam 3 kultivar betik yang dikenali dengan nama 1. Hortus Gold – iaitu mempunyai isi kuning (Dioecious), 2. Kaapmuiden – juga mempunyai isi kuning dan juga 3. Honey Gold – mempunyai jenis isi kuning (Dioecious).
(8) ASIA
Bagi negara-negara Asia mereka mempunyai banyak pilihan kultivar betik yang ditanam dan pembiakan juga amat aktif.
INDIA
Bagi negara INDIA dilaporkan mempunyai banyak kultivar betik tetapi yang paling popular dimajukan dinegara tersebut adalah kultivar 1. Coorg Honey Dew – mempunyai isi Kuning (Hermaprodite) dan juga Kultivar 2. Combitor 2 – juga ianya mempunyai isi kuning (Dioecious).
INDONESIA
Bagi negara jiran Indonesia mereka juga mempunyai banyak kultivar tetapi yang popular adalah kultivar betik dikneli dengan nama 1. Semangka – jenis isi merah (Hermaprodite) dan juga 2. Dampit – jenis isi merah (Hermaprodite).
MALAYSIA
FILIPINA
Di negara Filipina mereka juga menanam betik untuk kegunaan pasaran domestik dan eksport. Filipina pernah bersaing dengan Malaysia dalam pasaran eksport betik ke Hong Kong (China) semasa berlaku serangan penyakit dinegara ini. Bagaimana pun dilaporkan pengimport masih suka dengan betik dari Malaysia kerana kualiti dan keenakannya. Di Filipina mereka menanam kultivar betik dikenali dengan nama 1. Sinta iaitu mempunyai isi merah (Hermaprodite).
TAIWAN
Taiwan juga menanam betik walau pun mereka adalah negara 4 musim. Jenis betik Solo merupakan kultivar yang popular dinegara tersebut tetapi terkini mereka luas mempromosikan kultivar betik dikenali sebagai Betik jenis
THAILAND
Dinegara jiran Thailand merupakan negara yang digelar sebagai ‘Kitchen of the world’ menanam banyak jenis betik untuk pasaran domestik dan eksport. Tanaman betik mereka tertumpu dikawasan tengah dan selatan negara tersebut dengan dua kultivaar popular iaitu Kultivar 1. Sai-nampuing – yang mempunyai isi merah (Hermaprodite) dan juga kultivar iaitu 2. Khaek Dam – Isi merah (Hermaprodite).
Semuga tulisan ini memberi sedikit info untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!…
![]() |
| Betik ‘SEKAKI’ dari Malaysia dipasarkan. |
KULTIVAR BETIK… BANYAKNYA…
IKUT NEGARA..SESUAI ASALNYA…
ISI KUNING…MERAH PUN ADA…
BANYAK KHASIAT… SIHATKAN MINDA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kuarters Kerajaan, Precint 11,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(23 Rejab 1434H)
Ditulis dan kemaskini semula pada 29 Jun 2017.





