MAKANAN LAKSA merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia malahan dinegara Asia. Laksa memounyai keunikan sajian tersendiri dengan pelbagai resepi yang berbeza dihampir setiap negeri di Malaysia. Jenis-jenis laksa sebenarnya memiliki versi laksa tersendiri mengikut lokaliti dan negara. Apa pun pada penulis blog dinegara kita laksa adalah makanan yang dibuat berasaskan ikan, tepung beras dan juga kuahnya. Apa pun setiap jenis laksa ini memiliki keunikan yang tersendiri. Kalau dahulu hanya Laksa Penang sahaja yang dikenali ramai tetapi sebenarnya banyak jenis laksa lain yang dimakan oleh rakyat tempatan bagi tujuan penulis artikel kali ini. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dipanggil sebagai laksa di Malaysia dan paling terkenal ialah Laksa Penang atau Asam Laksa. Dari rujukkan mendapati Laksa Penang ini telah diiktiraf sebagai diantara 10 makanan tersedap didunia oleh CNN Food. Pada saya gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan selera anda terbuka luas. Laksa Penang bagaimana pun kini ada variasinya yang tersendiri mengikut kreativiti pembuatnya daripada jenis Laksa Penang Tradisional kepada jenis Laksa Penang Moden yang komersil. Walau pun makanan laksa ini selalu dimakan semasa minum pagi, makan tengahari, makan malam tetapi paling sesuai adalah di makan waktu petang. Banyak gerai yang menjual laksa ini diwaktu petang diantara jam 2.00 – 6.30 petang. Pada saya Negeri Kedah menghasilkan jenis maknan berasaskan laksa kerana kawasan mereka mempunyai bekalan ikan segar yang murah dan banyak serta mudah didapati sama juga dengan beberapa negeri Pantai Timur yang ada sumber ikan segar. Sebenarnya terdapat sekitar 10 jenis-jenis laksa yang saya diketahui dan mungkin anda semua boleh mencuba semua jenis laksa ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai beberapa jenis makanan laksa sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.
(1) LAKSA PENANG atau ASAM LAKSA
(3) LAKSA KUALA PERLIS
(5) LAKSA KELANTAN
Laksa Kelantan sebenarnya hampir sama dengan jenis makanan laksam tetapi menggunakan laksa beras sebagai bahan �laksa�nya. Penulis blog juga suka makan Laksa Kelantan walau pun amat jarang memakanya jika berbanding dengan beberapa jenis laksa lain. Laksa ini diperbuat dengan bahan terdiri daripada laksa basah dan kuahnya diperbuat daripada ikan selayang direbus dan ambil isinya berserta dengan santan pekat. Bahan ramuan kuah pula adalah bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia yang dikisar, lada hitam-tumbuk halus, asam gelugor. Bahan lain adalah garam dan gula secukup rasa serta serbuk perasa. Pada penulis membuat Laksa Kelantan agak mudah dengan mengisar semua isi ikan bersama air sehingga halus. Kemudian dimasukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Sebaiknya ia dijerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus dimana pastikan kuahnya tidak macam telur ikan. Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dimana ia perlu dikacau hingga mendidih. Apabila masak ditutup api. Semasa hendak menghidang sebaiknya tambah ulam-ulaman seperti tauge, kacang panjang, timun, bunga kantan, hirisan kobis serta ditambah dengan sambak lada yang sedikit pedas. Sambal lada ini dibuat daripada Cili padi, garam, belacan yang ditumbuk hingga lumat.





