LAKSA SARAWAK merupakan sejenis makanan tradisional berasal dari Negeri Sarawak yang kini menjadi salah satu makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Penulis juga memang jarang ‘miss’ makan laksa ini setiap kali datang ke Sarawak khususnya ke Kuching untuk mendapatkan rasa yang original. Semasa menginap di hotel Hilton Kuching pun ramai dikalangan pelancong asing (Mat Salleh) yang makan Laksa Sarawak dan ini bermakna makanan ini telah menjadi satu produk yang sudah terkenal. Cuma bezanya mereka tidak berapa sukan makan sambalnya yang memang agak pedassss!. Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak dari Malaysia. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai bahan dan ramuan. Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan sedikit kemerahan yang turut dicampur dengan santan kelapa, asam jawa, bawang putih, lengkuas dan serai. Di bahagian atasnya pula selalu ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang segar dan daun ketumbar. Selalunya bahan limau nipis juga diletakkan untuk diperah jusnya iaitu mengikut selera individu. Penulis memang suka makan Laksa Sarawak ini sejak tahun 1995 semasa bertugas di Negeri Sarawak selama dua tahun lebih dan kini telah tahu membuatnya sendiri menggunakan pes laksa ini yang dijual. Biasanya penulis akan gunakan bahan-bahan seperti taugeh, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional. Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Ada juga penulis blog berfikir berkemungkinan sesetengah pihak percaya bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei dimana sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak. Penelitian penulis mendapati dimana ada banyak variasi laksa Sarawak iaitu Laksa Sarawak Biasa (Ia disajikan bersama udang bersaiz kecil), Laksa Sarawak Special (Ia disajikan bersama udang bersaiz besar, Laksa Ambal (Ia disajikan bersama ambal bagi menggantikan udang), Laksa Sarawak Segera (Iaitu Laksa Sarawak versi segera seperti mee MAGGI), Sarawak Sambal Laksa, Lee Fah Sarawak White Laksa, Masto Sarawak Laksa, Boneo Spice Instant Sarawak Laksa dan beberapa lagi. Artikel malam ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai beberapa resepi Laksa Sarawak untuk bahan rujukkan dan bacaan anda semua.
Laksa Sarawak yang original disediakan dengan mudah kepada mereka yang memang suka memasak. Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada pes Laksa Sarawak (Biasanya dalam pek 200 gm), 8 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 10-12 tangkai cili kering, 1 inci lengkuas, 1 sudu kecil rempah ketumbar, 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 3 biji buah keras, 2-3 batang serai, 1 inci belacan bakar, 1/4 cawan kacang tanah (digoreng), 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak) ,sedikit garam dan juga sedikit minyak utk menumis. bahan diatas lazimnya adalah untuk menyediakan laksa Sarawak untuk seramai 6 orang dewasa untuk makan. Bahan lain diguna adalah 200 g pes atau perencah laksa dengan ambil isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus). sebaiknya gunakan 0.5 kg bahan udang basah, 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur), 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus), 2 batang serai (diketuk), 200-250 ml santan pekat, garam dan gula secukup rasa, taugeh (dicelur), sedikit daun ketumbar (diracik) dan limau kasturi secukupnya (dibelah dua). Bagi menyediakan sambal Udang Kering perlu disediakan bahan terdiri daripada 6 biji bawang merah (dikisar), 2 ulas bawang putih (dikisar), sedikit belacan bakar (dikisar), segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus), 4-5 sudu makan cili kisar atau cili giling secukupnya, sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kesemua bahan diatas sebaiknya mencukupi untuk menghasilkan Laksa Sarawak yang sesuai dimaknan pada waktu pagi, makan tengahari, minum petang mahu pun sesuai dimakan pada malam hari.
Published from:
Asrama Anggerik, Intan Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.



