LEMANG PERIOK KERA merupakan sejenis makanan unik yang popular dibeberapa kawasan di Malaysia dihidangkan terutama pada perayaan Aidilfitri, Majlis Keramaian dan juga kenduri kendarat. Makanan ini memang menjadi kebangaan ramai penduduk kampong yang mengetahui akan rasa dan keenakannya ama ada dimakan begitu sahaja atau pun ia dimakan bersama rendang ayam, rendang daging, serunding atau pun lauk pauk lain. Penulis blog paling suka makan lemang periok kera di sebuah restoren di Rompin, Pahang yang ada menjualnya setiap hari. Restoren ini juga sering menghidangkan pelbagai makanan eksotik yang lain dimana mendapat kunjungan ramai. Lemang periok kera ini kadang kala ada dijual dibeberapa Pasar Malam dan Pasar Tani dan Bazaar Ramadan yang penulis blog pernah jumpa di Ipoh, Alor Setar dan beberapa bandar di Pahang. Lemang periuk kera cukup terkenal di kalangan masyarakat di Perak, Pahang, Kedah dan juga Johor. Ia di kategorikan sebagai tanaman eksotik dan menggunakan periuk kera dari jenis tumbuhan dengan nama botani sebagai Nepenthes gracilis. Tumbuhan liar ini dahulu sukar didapati didalam hutan tetapi kini ia boleh ditanam didalam pasu dan digantung dikeliling rumah sahaja. Penyediaan makanan ini pada penulis blog tidaklah begitu rumit namun untuk memperoleh kuantiti periuk kera yang digunakan sebagai bekas untuk meletak pulut tersebut agak terhad. Mungkin makanan unik ini boleh dijadikan salah satu kulineri yang kini mendapat perhatian kerajaan dalam Bajet 2018 yng disebutkan sebagari Sumber Kekyaan Baru (SKB) dengan peruntukkan hampir RM10 juta di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog fikir jika makanan ini dipromosikan dengan baik akan mendapat permintaan baik dari pengguna domestik dan pelancong luar negara. Bagaimana pun banyak kajian dan fakta permakanan perlu diselaraskan (standardization) agar ujud keseragaman mengenai makanan unik ini diseluruh negara. Ini termasuk jenis dan saiz eriok kera yang perlu digunakan, kadar ramuan dan santan yang digunakan serta kaedah memasaknya. enting juga adalah bagaimana kaedah terbaik cara hidangan dan penyimpanan serta lauk puk yang sesuai dimakan dengan lemang periok kera. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam ”Anim Agro Technology” iaitu makanan Lemang Periok Kera sebagai satu perkongsian bersama semua pembaca untuk dibuat rujukkan.
Kepada saya menyediakan lemang periok kera adalah mudah disediakan asalkan tahu akan kaedah menyediakannya. Karung Periok Kera yang segar perlu dikumpulkan dan dibersihkan dahulu dari segala kekotoran dengan air mengalir. Sebaiknya dibuang juga bahagian mulut periok kera dengan mengggunakan pisau atau pun gunting. Karung ini boleh ditoskan dahulu dari takungan air yang ada dengan menterbalikannya. Pada masa yang sama ambil beras pulut dan dibasuh dahulu dan ia kemudian ditoskan sehingga kering agar tiada kekotoran yang ada dalam beras pulut. Kemudian maasukkan beras pulut tersebut ke dalam periuk kera dari bahagian mulutnya sehingga kadar masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras pulut untuk mengembang. Kemudian dimasukkan santan kelapa sehingga sampai paras pada penutup mulut atau paras beras. Paling unik bagaimana kita menyusun karung periok kera ini bekas untuk dikukus. Apa yang perlu dilakukan adalah memasukan pengukus keatas wap air dan dikukus sehingga masak. Sentiasa kawal api dan paras air dalam pengukus. Buka tudung pengukus untuk melihat lemang periok kera ini cukup masak dengan tanda ia memenohi paras mulut karung periok kera. Keluarkan dan sejukkan sebelum ia dihid ukus sampai masak. Pada saya yang beberapa kali makan lemang periok kera ini boleh dimakan begitu sahaja atau dengn rendang. Semuga anda yang membaca blog anim agro technology ini mendapat info berguna. Wasallam!!!…
MEMANG ENAK… LEMAK RASANYA…
SEDAP DIMAKAN…JARANG JUMPA…
RESEPI UNIK…KULINARI NEGARA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(10 Mac 2018).




