(1) Laporan BERNAMA:
JELEBU: Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia (LPKNM) yang bertujuan bagi memperkasakan sektor itu akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata RUU itu kini dalam proses draf dan semakan sebelum ianya akan dibentangkan dalam Kabinet untuk diluluskan. “Kerja ke arah itu sedang dijalankan kerana ia membabitkan proses undang-undang dan akta baharu ini perlu dibentangkan di Parlimen. “Sekarang yang ada hanyalah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) manakala kelapa ditadbir secara berasingan dan tidak ada lembaga pembangunan yang khas,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek penanaman nanas di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Jelebu Datuk Jalaluddin Alias; Pengerusi LPNM, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Bakar serta Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim Hosnan. Ahmad Shabery berkata kelapa dan nanas kini dilihat sebagai sumber kekayaan baharu selepas durian musang king dan mendapat permintaan tinggi daripada beberapa negara luar. Contohnya, nanas MD2 yang mendapat permintaan tinggi dari China, Asia Barat, Jepun dan Korea. “Bagi kelapa pula, kita mengimport 151 juta biji kelapa setahun membabitkan nilai RM226 juta dari negara jiran bagi menampung permintaan kelapa dalam negara yang dianggarkan 700 juta biji setahun,” katanya. Ahmad Shabery berkata program sumber kekayaan baharu, sejumlah RM27.5 juta diperuntukkan untuk pembangunan industri kelapa dan RM29.6 juta bagi pembangunan industri nanas, tahun ini.
(2) BERITA AM
RUU Penubuhan LPKNM Akan Dibentangkan Di Parlimen Hujung Tahun Ini
Tarikh kemaskini: 11/03/2018
(3) Laporan The Malay Mail Online:
Bill on LPKNM to be tabled in parliament, says minister
MARCH 11, 2018
JELEBU, March 11- A Bill on the setting up of a Malaysian Pineapple and Coconut Industry Board (LPKNM) aimed at empowering the sector will be tabled in Parliament end of the year. Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the Bill, which was now in the drafting stage, would first be tabled to the Cabinet for approval. �Currently, there is only the Malaysian Pineapple Industry Board (LPNM), while there is no special body to oversee coconut,� he told a media conference after a visit to a pineapple farm here today. He said coconut and pineapple were now seen as the country�s new source of wealth, after the musang king durian, due to their high demand abroad. �For example the MD2 pineapple, there is high demand for the fruit in China, the Middle East, Japan and Korea. �As for coconut, we import 151 million of coconuts a year, involving RM226 million, from a neighbouring country to meet the demand for the commodity in the country, which is estimated at 700 million coconuts a year,� he said. Ahmad Shabery said RM27.5 million was allocated under the new source of wealth programme for the development of the coconut industry, and RM29.6 million for the pineapple industry, this year. He said coconut and pineapple farming would be expanded to the nationwide. �The biggest pineapple farm, so far, is in Johor. We hope one day, we can also export coconut,� he said. Also present were State Urban Wellbeing, Housing and Local Government Committee chairman Datuk Jalaluddin Alias, LPNM chairman Datuk Samsolbari Jamali and Agriculture and Agro-based ministry secretary-general Datuk Seri Ismail Bakar.
(4) BERNAMA NEWS:
Perbadanan Kelapa Dan Nanas Malaysia Bakal Diwujudkan – TPM Zahid
Tarikh kemaskini: 27/02/2018
(5) LAPORAN 4: BERNAMA
Lembaga baharu urus pertanian
03 November 2017 3:00 AM
PASIR SALAK 2 Nov. – Penggabungan pengurusan industri kelapa, nanas dan buah-buahan di bawah satu lembaga baharu akan menjadi pemangkin kepada nilai tambah produk pertanian terbabit. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, lembaga itu boleh menjadi satu badan yang mampu memberi cadangan nilai tambah untuk meningkat dan usaha untuk mempelbagaikan industri berkaitan produk berasaskan kelapa. Katanya, penggabungan itu akan menjadi sektor yang berpotensi besar dan mempunyai hala tuju bagi mengutarakan dasar lembaga terbabit. �Kerajaan nak bangunkan tanaman kelapa dan penanaman nanas supaya ia menjadi sektor berpotensi besar yang berinput menjana ekonomi negara. ��Jadi takdalah industri kelapa hanya tertumpu kepada produk berasaskan minyak dan santan semata-mata sedangkan ia boleh dipelbagaikan,� katanya dalam Maj���lis Perayaan Hari Deepavali peringkat Pasir Salak di Langkap dekat sini malam tadi. Tajuddin berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 berkaitan pengurusan industri kelapa akan digabungkan di bawah satu lembaga bersama-sama industri nanas dan buah-buahan. Selain itu Najib yang juga selaku Menteri Kewangan berkata, gabungan itu antara lain akan memberi faedah kepada pengusaha dan 10,000 pekebun kecil. Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, setakat ini negara terpaksa mengimport kira-kira 1.5 juta biji kelapa bagi menampung permintaan dalam negara. – BERNAMA.









