MELON MANIS TERENGGANU (MMT) adalah merupakan varieti pertama bagi keluarga rock melon yang mana telah diumumkan oleh YB Menteri Besar Terengganu sebagai buah rasmi Negeri Terengganu pada 29 September 2015 sempena sambutan 110 Jabatan Pertanian peringkat Negeri Terengganu di TKPM Tok Dor. Penulis blog juga mendapati Negeri Terengganu akan menjadi perintis dan pengeluar utama dalam memasarkan hasil Melon Manis Terengganu (MMT) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa berikutan dari permintaan yang tinggi daripada penduduk di beberapa buah negara terutama di rantau Asia seperti Singapura dan Jepun. Namun begitu dilaporkan Melon Manis Terengganu (MMT) juga boleh didapati di sekitar Kuala Nerus, Terengganu iaitu di Kedai Green Dish yang berhadapan dengan premis Kolej Vokasional Wakaf Tembesu. Green Dish menjual Melon Manis Terengganu (MMT) yang segar dari ladang mereka sendiri bertempat di GM AgroFarm, Kuala Ibai, Terengganu. Dalam pada itu Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai kombinasi tekstur yang rangup dan rasa yang manis serta berlemak. Rona warna yang memukau turut meletakkan Melon Manis Terengganu (MMT) sebagai buah yang unik dan mempunyai kelas tersendiri. Semestinya Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai keunikan tersendiri setaraf dengan penilaian taraf buah sebanyak lima bintang yang diberikan oleh Jabatan Pertanian. Antara kelebihan MMT adalah seperti ia mempunyai kulit berwarna kuning dan licin dengan mempunyai isi berwarna “Salmon Colour”. MMT juga mempunyai tekstur isinya rangup, manis dan berkhasiat. Apa yang penulis blog dapat lihat fimna MMT mempunyai purata berat ialah 1.2 – 1.8 kg/ biji dengan tahap kemanisan lebih daripada 14% apabila matang. Dari segi penanaman didapati ia mempunyai tempoh penanaman ialah 65 hari dari tarikh semaian dan jangka hayat yang panjang selepas tuaian bergantung kepada suhu persekitaran.Artikel malam Sabtu ini dalam blog ”Anim Agro Technology” saya meulis menganai info penting Melon Manis Terengganu (MMT) untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Seterusnya apabila pokok di polibeg berusia 15 hari ke atas dan mula tumbuh tunas air, maka proses membuang tunas air perlu dilakukan untuk mengelakkan pokok berbuah dengan banyak (kawalan buah untuk meningkatkan kualiti dan juga saiz buah. Sebaiknya hanya beberapa mata pucuk (antara 6-9) perlu untuk ditinggalkan untuk tujuan pendebungaan kelak sekaligus memilih buah kelak. Proses pendebungaan perlu dilakukan bila kedua-dua bunga jantan dan betina tumbuh. Bunga jantan akan tumbuh pada batang utama pokok manakala bunga betina pada bahagian tunas pokok yang ditinggalkan (tunas air yang tidak dibuang). Proses pendebungaan berlaku melalui dua kaedah iaitu manual dan semulajadi. Secara semulajadi, serangga-serangga seperti semut, atau lebah hinggap di bunga jantan yang mana ia menyebabkan debunga melekat di bahagian anggota badan serangga dan serangga tersebut hinggap di bunga betina, maka berlakulah proses tersebut. Secara manual biasanya akan melakukan dengan mencabut bunga jantan dan keluarkan debunga dengan cara menyelak kelopak kuning dan geselkan pada bunga betina. Selepas proses pendebungaan dilakukan maka bunga betina akan menghasilkan buah pada setiap salur yang ada. Ketika ini, proses membuang buah dilakukan dengan memilih buah yang paling besar atau sihat terlebih dahulu untuk tujuan pemasaran. Kemudian, buah yang dijangkiti kulat perlu dibuang. Batang pokok MMT perlu digunting menggunakan gunting yang dicelup racun kulat. Apabila buah mula membesar, langkah seterusnya adalah membalut buah menggunakan surat khabar di kesemua bahagian buah kecuali di bahagian bawah. Tujuan asas pembalutan adalah untuk mengelakkan serangan lalat buah yang boleh merosakkan buah Melon Manis Terengganu (MMT). Apa punn jika ditanam dalam struktur rumah kalis serangga maka aktiviti membalut buah kurang kritikal.




