BUAH EPAL (Malus domestica) merupakan sejenis buah yang dihasilkan dari pokok epal iaitu pokok saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga Rosaceae atau Keluarga Mawar. Ia juga merupakan diantara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia. Dari segi sejarah dilaporkan pokok epal berasal dari Asia Barat di mana ujud pokok asli liar yang masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mana ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang sesuai ntuk dimakan. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz sebenar pokok walaupun dibiakkan dari baka pokok penanti yang sama. Pokok epal kecil dan berciri ada daun luruh dimana ia akan mencapai ketinggian 3 – 12 meter dengan dahan melebar dan selalunya banyak ranting. Daun-daunnya disusun berselang-seli dan berbentuk yang bujur ringkas sepanjang 5 -12 cm dan selebar 3 – 6 cm. Pada ciri daun dibahagian tepi bergerigi dan bahagian bawah sedikit berbulu. Bunga epal mekar pada musim bunga dengan serentak dengan bunga berwarna putih sedikit merah jambu. Ia mempunyai 5 berukuran diameter 2.5 – 3.5 cm. Buah Epal yang masak biasanya berukuran 5 – 9 cm dan ada lima karpel yang tersusun dimana setiap satunya mengandungi 1 – 3 tiga biji benih. Terdapat lebih 7,500 kultivar (baka) epal yang diketahui setakat ini terutama dinegara beriklim yang sederhana dan subtropika. Kebanyakan kultivar epal ini ditanam untuk dimakan mentah, dimasak atau dijadikan produk proses lain. Jenis Buah epal moden biasanya lebih manis daripada kultivar terpilih. Dilaporkan pengeluaran buah epal dunia adalah sekitar 55 – 60 juta metrik tan setahun dengan nilai pengeluaran USD 12 billion (Sumber: FAO Statistic). Negara pengeluar buah epal terbesar di dunia adalah China yang menghasilkan kira-kira dua perlima daripada jumlah tersebut. USA pula sebagai pengeluar kedua terbesar didunia dimana lebih 60% daripada semua pokok epal yang dijual secara komersil ditanam di negeri Washington. Buah Epal merupakan antara jenis buah yang banyak diimport oleh Malaysia untuk kegunaan domestik. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam blog “Anim Agro Technology” mengenai menafaat buah epal untuk dijadikan bahan rujukan semua.
Pada masa sama didakwa kandungan serat epal yang tinggi juga boleh untuk melindungi seseorang daripada Penyakit Parkinson�s. Saintis berpendapat ia disebabkan kuasa antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Pastikan anda pilih buah epal yang masih segar dan tidak tercemar dengan bahan kimia yang terkanding didalamnya seperti racun. Buah epal yang berkualiti akan dipamerkan sijil tertentu dengan jenama yang biasanya dinyatakan. Sebenarnya terdapat kandungan bahan Flavanol yang tinggi dalam epal yang boleh juga membantu menurunkan risiko kanser pankreas. Malah dikatakan pada kulit epal juga mempunyai keupayaan menghalang aktiviti kanser pada hati, kolon dan dada. Kepada mereka yang selalu makan epal sehari sebiji juga akan mempunyai daya kesihatan yang baik (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga pernah diberitahu dimana kepada mereka yang mengambil sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat yang tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelak makan terlalu banyak. Terdapat juga serat larut yang ada dalam epal dimana ia juga mampu mengikat lemak yang ada dalam usus, seterusnya mengelak penyerapan kolesterol yang tinggi ke dalam tubuh. Kajian pakar nutrisi juga mendapati dimana bahan yang terdapat pada kulit epal boleh membantu menyihatkan jantung kerana ia me�ngelak pembentukan plak kolesterol pada dinding arteri (salur darah) dan ia juga seterusnya melancarkan peredaran darah ke jantung.
Dalam pada itu apabila kandungan kolesterol menurun dalam tubuh maka secara tidak langsung dapat mengelak pembentukan batu hempedu. Selalunya masalah batu karang banyak berlaku pada golongan yang mengalami kegemukan melampau. Batu hempedu terbentuk apabila terdapat terlalu banyak kolesterol dalam pundi hempedu dan ia bertukar menjadi pepejal. Perbanyakan memakan buah-buahan termasuk buah epal untuk tujuan dalam mengelakan pembentukkan batu ini. Bahan serat yang terkandung dalam buah epal juga didakwa memang boleh membantu mengelak masalah cirit-birit ataupun sembelit. Ini kerana ia mampu menarik keluar air daripada usus ataupun menyerap air berlebihan bagi membantu melancarkan pembuangan air besar. Pengambilan kandungan serat yang tinggi misalnya daripada epal mampu melegakan sakit perut dan masalah perut kembung. Buah Epal juga didakwa boleh membantu mencegah masalah buasir iaitu keadaan di mana salur darah pada laluan dubur bengkak dan sangat menyakitkan. Pengambilan serat yang banyak mampu menyelesaikan masalah ini. memang banyak penyakit dikaitkan dengan berat badan berlebihan antaranya sakit jantung, strok, darah tinggi, diabetes dan masalah sukar tidur. Kandungan serat yang tinggi dalam epal mampu membantu mengurangkan rasa lapar, seterusnya dapat mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ada dakwaan dimana buah epal memberi alternatif yang murah dan mudah untuk menyingkirkan toksin daripada hati. Ini kerana hati yang sihat mampu menjalankan tugas menyingkirkan pelbagai toksin daripada badan, seterusnya menjadikan tubuh lebih sihat. Buah Epal merah memiliki sejenis antioksidan dikenali sebagai ‘quercetin’ yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan terutama ketika anda sedang berada dalam keadaan tertekan (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa temuan dari kajian mendapati mereka yang mengambil buah-buahan kaya dengan bahan antioksidan seperti epal mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat katarak. Semuga tulisan ini dalam anim agro technology mampu memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!…
BUAH EPAL … BANYAK FAEDAHNYA…
EPAL IMPORT… MAMPU HARGANYA….
BANYAK SERAT… BAGUS KESANNYA…
AMALKAN SELALU…SIHAT JADINYA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Precint 3, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(23 Ramadan 1439H).




