SIPUT MENTARANG (Pholas orientalis) merupakan sejenis haiwan bercengkerang (dari kumpulan Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, di Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut. Penulis blog beberapa kali ke lokasi tersebut melihat bagaimana ada orang yang mencari siput mentarang mengikut musim. Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang seks kepada yang memakannya dimana terkini terdapat hidangan istimewa iaitu Mentarang Bakar yang kini dijual pada harga RM18 sekilogram. Dalam akhbar tempatan pernah juga dilaporkan ada pengusaha tempatan yang semakin berani berniaga mentarang di kawasan Sabak Bernam untuk dijadikan hidangan istimewa kawasan tersebut. Pada ramai pengunjung dari Kuala Lumpur yang kali pertama melihat mentarang mungkin mula-mula makan rasa geli sebab siput ini bentuknya macam melekat. Namun apabila sudah masuk ke mulut dan dapat merasai akan keenakannya pula semua perasaan tadi akan hilang. Penulis pada kali pertama ketika menikmati sejenis siput laut semasa bertugas dan tinggal di Putrajaya yang sering lalu jalan tersebut untuk ke Bagan Datoh. Saya pernah menulis beberapa artikel berkaitan siput, kerang-kerangan, ketam, ikan tetapi cuma ada 3 artikel berkaitan dengan mentarang. Mentarang yang berbentuk tirus seperti siput sangat enak apabila dibakar. Pada orang awam mendengar nama siput ini agak pelik namun penulis blog memang menyukainya selain kerang. Artikel petang Khamis ini sempena cuti rehat hujung tahun saya menulis lagi dalam “Anim Agro Technology” berkaitan siput mentarang sekadar berkonggsi info dengan anda semua.
Mengimbau sejarah dahulu, beliau cuma ingat bila ada seorang pelanggan iaitu merupakan seorang pegawai polis dari Melaka yang singgah ke gerainya sebaik selesai satu operasi di Sekinchan tujuh tahun lalu. Pelanggan ini mencabar dia untuk menjual mentarang bakar dimana pada keesokan harinya dan sambutan amat memberangsangkan. Dari segi pengalaman beliau adalah peniaga pertama menjual mentarang bakar di sekitar Sungai Leman hingga ke Sungai Besar, Selangor. Kini perniagaan yang diusahakan semakin berkembang daripada gerai kecil sehingga mempunyai restoran sendiri yang dibina secara berperingkat-peringkat dengan kos sekitar RM30,000. Maka sejak dari itu perniagaan mentarang bakar ini menjadi fenomena di sekitar Sekinchan. Sazali menegaskan siput mentarang yang didapati daripada para pencari siput itu berkenaan dibeli pada harga antara RM12.00 – RM15.00 sekilogram. Dakwanya kadang kala harga mentarang boleh mencecah sehingga RM25 sekilogram (kg) kerana ia hanya boleh ditangkap ketika air surut. Siput mentarang ini akan direndam di dalam kolam pembersihan yang diisi dengan air laut selama enam jam dengan bantuan tangki oksigen sebelum dihidangkan. Kini produk mentarang bakar telah menjadi fenomena di Sekinchan, Selangor dikalangan orang tempatan dan orang luar. Langkah ini bagi memastikan selut tanah yang terdapat di dalam cengkerang mentarang itu dapat dikeluarkan selain memastikan kesegarannya. Setelah cukup enam jam direndam, berus sabut digunakan bagi menggosok cengkerang mentarang untuk menghilangkan kekotoran selut. Beliau akan menggantikan air laut yang digunakan setiap dua hari sekali. Dia memperuntukkan lebih 50kg mentarang terutama pada hujung minggu.
Menurut Sazali selalunya hidangan mentarang kini bukan saja dibakar dan di rebus sahaja tetapi sebaliknya ada jenis masakannya boleh dipelbagaikan. Antaranya dimasak sup, asam pedas, masak merah, lemak dan goreng tepung bergantung kepada permintaan pelanggan. Di restoran ini siput mentarang bakar atau rebus dijual pada harga RM18.00 sekilogram dan tambahan RM2.00 bagi masakan jenis lain. Beliau juga bercita-cita membuka lebih banyak cawangan restoran. Dalam pada itu seorang pengusaha restoran mentarang berhampiran iaitu En Sapihudin Azman atau dia dikenali dengan nama ‘Aji Mentarang’ juga ada memberitahu dimana sebaik-baiknya mentarang yang telah dibersihkan dihidangkan dalam masa dua hari meskipun ia boleh hidup sehingga 10 hari selepas dibawa keluar dari habitatnya. Dia menggunakan tempurung kelapa setiap kali membakar mentarang bagi mengekalkan tekstur makanan laut itu. Dikedai beliau terdapat lebih 300 biji tempurung kelapa digunakan untuk tujuan tersebut setiap minggu. Dari tinjauan penulis blog terdapat bilangan peniaga mentarang di Sekinchan dengan jumlah agak ramai dimana dengan membakar dalam tempurung kelapa ia dapat menggalakkan persaingan sihat. Menurut Aji Mentarang lazimnya pecahan pelanggannya masing-masing 50 peratus terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Dia juga ada banyak menerima tempahan daripada pengusaha restoran makanan laut di sekitar Kuala Selangor. Seorang pelanggan diteny ada nyatakan dimana mentarang secara langsung melonjakkan ekonomi masyarakat setempat di Sekinchan. Dalam usaha mempopularkan lagi siput mentarang ini perlu ada satu inovasi perlu dilakukan oleh pihak berkaitan memajukan industri makanan laut ini agar dapat dieksport ke luar negara. Kalau diproses dengan baik dan dibungkus dengan kemas pasti ada permintaan baik untuk pasaran domestik dan juga eksport dimasa akan datang. Lebih banyak penyelidikan dan kajian mengenai lokasi penghasilan mentarang di kawasan pantai Selangor ini dan bagaimana untuk menghasilkan produk mentarang yang baik dmasa akan datang.
SIPUT MENTARANG … RAMAI TAK JUMPA…





