TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dimana ia merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia terdapat seluas 660,000 hektar kawasan penanaman padi setiap tahun dengan tumpuan dibeberapa kawasan Jelapang Padi. Tanaman padi yang ditanam kini terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang dan padi huma atau padi bukit ditanam ditanah daratan. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur. Diantara perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam pembajaan tanaman padi ialah kadar dan masa pembajaan dilakukan. Bagi tanaman secara tabur terus, kadar baja yang digunakan ialah 100 N:40P205:30K2O bagi semua kawasan. Bagi tanaman secara mengubah, kadar 80 N: 30 P205:20K2O telah disyorkan bagi kawasan pantai barat dan kadar 80 N:40P205:20K2O bagi kawasan di pantai timur. Bagi kaedah mengubah, baja urea digunakan pada peringkat semaian iaitu sebanyak 45-50 g/meter persegi iaitu 15 hari selepas benih ditabur. Baja yang digunakan di dalam skim baja subsidi ialah baja campuran dan baja urea. Pengambilan baja oleh tanaman juga bergantung kepada tahap kesuburan tanah termasuk faktor fizikal dan kimia tanah bagi sesuatu kawasan. Masa membaja bergantung kepada varieti padi, cara menanam dan musim penanaman. Pada kebiasaannya, pembajaan tanaman padi dilakukan secara menabur secara manual dan jarak taburan setiap lemparan ialah tiga meter. Pembajaan di sawah dilakukan sebanyak 3 kali untuk cara mengubah dan tabur terus. Untuk kedua-dua kaedah tanaman ini, pembajaan pertama terdiri dari baja campuran NPK manakala baja kedua dan ketiga ialah baja N sahaja. Negara ini memberikan bantuan baja padi dibawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) yang telah diperkenalkan pada musim 2/1979. Skim ini adalah untuk memberi galakan dan menarik minat kaum petani supaya kekal di sektor penanaman padi. Selain dari itu SBPKP adalah bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran padi yang ditanggung oleh pesawah-pesawah akibat daripada kenaikan kos input dan buruh serta alat dan mesin. Ini bagi memodenkan aktiviti tanaman padi dengan penggunaan baja berkualiti yang ekonomi, sistematik dan berkesan. Skim ini juga adalah bagi meningkatkan pengeluaran padi dan dapat menambahkan pendapatan penanam padi. Ia juga salah satu daripada berbagai insentif kepada petani mengusahakan tanaman sawah bagi meningkat pengeluaran padi negara di samping bagi tujuan mengurangkan pengimportan beras. Pemberian Baja Subsidi iaitu baja campuran, ammophos dan urea yang mana perumusan (Formulation) yang digunakan bagi setiap jenis baja di tentukan oleh Kementerian Pertanian iaitu mengikut kesesuaian tanah. Pemberian baja ammophos telah pun diberhentikan pada musim 2/1989 dan pemberian baja campuran telah diganti dengan baja sebatian bermula musim 1/2005. Bantuan ini kini masih diteruskan sehingga kini dan kadar bantuan yang diberi adalah 4 beg bagi baja urea dan 12 beg baja sebatian. Artikel petang Jumaat sempena cuti hari mingguan di Johor ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” berkaitan dengan laporan berkaitan dengan baja padi dan laporan akhbar berkaitan baja padi untuk bacaan.
Dalam pada itu dalam akhbar lain dilaporkan penenalan Baja CRF iaitu baja pelepasan terkawal. Ia didakwa dapat menjimatkan masa dan mampu mengurangkan kos. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerusi anak syarikatnya iaitu Perniagaan Peladang MADA (MADACorp) memperkenalkan teknologi baru dalam meningkatkan efisiensi input pertanian iaitu baja Control Release Fertilizer (CRF). Baja CRF dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi petani sekali gus dapat meningkat�kan hasil pengeluaran padi (Sila lihat foto disebelah). Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz berkata dimana baja CRF adalah baja pelepasan terkawal apabila nutrien dilepaskan secara berperingkat bergantung kepada suhu secara �osmosis songsang� (reverse osmosis). Kini melalui penggunaan baja ini satu kaedah pengaplikasian baja menjadi lebih mudah kerana ia perlu ditabur sekali saja. Baja CRF ditabur sekali semusim pada masa sebelum badai atau sebelum tabur benih padi berbanding penggunaan baja konvensional yang memerlukan empat jenis baja ditabur beberapa kali mengikut umur pokok padi. Baja konvensional sebelum ini digunakan empat kali semusim iaitu pada 15, 25, 50 dan 75 hari selepas tabur benih. Beliau berkata demikian selepas pelancaran baja CRF dan penggunaan pesawat dron untuk menyembur racun di Laman Padi sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2016 (MAHA 2016) di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Ujian dijalankan di Kawasan Muda dari 2014 hingga tahun ini menunjukkan impak yang positif. Ia menunjukkan perkembangan pokok padi serta meningkatkan hasil padi antara 15 hingga 30 peratus sekali gus dapat membantu petani menambah pendapatan. Baja CRF berasaskan teknologi salutan (coating) nutrien baja sebatian (NPK) apabila setiap butiran NPK disalut polimer dengan tiga peringkat lapisan. Lapisan pertama mula mengeluarkan nutrien selepas lima hingga 40 hari selepas penaburan untuk meng�galakkan pokok padi �beranak�.Posted from Room My2, MyAngkasa Hotel,
Langkawi, Kedah.



