PETOLA BANTAL (Luffa aegytiaca) merupakan sejenis petola yang jarang dibincangkan di Malaysia. Penulis blog yang melawat sebuah rumah rakan di Muar dan berjumpa dengan pemilik petola tersebut dimana mendapati bentuk buah petola ini memang menyerupai sebiji bantal jika ianya diletakkan secara mendatar (Sila lihat foto diatas). Ia berbeza dengan jenis petola segi (Angled loofah) yang luas ditanam secara komersil untuk dijadikan bahan sayuran yang dapat pasaran baik dikalangan rakyat Malaysia. Sayuran petola dipercaya mampu untuk ”menyejukkan badan” dan enak dimakan sebagai sayuran atau sup. Petola bantal adalah sejenis sayuran buah yang banyak ditanam di negara-negara tropika mahupun sub-tropika. Pokok ini sangat menyukai cahaya matahari secara langsung. Kebanyakan para petani menanam jenis petola segi atas permintaan ramai dan jarang mereka menanam petola bantak secara komersil atau luas kerana kurang permintaan. Namun begitu penulis blog dapati petola bantal juga diminati ramai di negara ini disebabkan keenakan dan sesuai dimasak mengikut resepi kesukaan. Dari pengalaman penulis pernah menulis artikel mengenai Petola Segi (Sila klik disini), Petola Ular (Sila klik disini), Petola Wangi, Petola Sarang dan beberapa jenis petola lain lagi. Tanaman Petola Bantal ini memang lebih senang untuk dijumpai dikawasan kampong dan pendalaman sejak lama dulu malahan semasa dulua atau era menanam padi bukit petola bantal inilah yang akan membanjiri tepi kebun-kebun dengan mampu menjalar hingga ke pinggir hutan. Biasanya memang agak jenuh melihat buah-buah petola bantal ini berjuntaian pada pokok-pokok. Kini jenis petola ini banyak dilihat di jual dibeberapa Pasar Tamu dan Pasar Minggu di Sabah dan Sarawak khususnya. Artikel malam ini dari tingkat 7 Hotel Citadines, Cyberjaya saya menulis dalam blog ”Anim Agro Technology” mengenai Petola Bantal sekadar berongsi info dengan pembaca semua.
Mengikut sejarah sayuran jenis petola bantal ini yang dipercayai ia berasal dari Asia khususnya India, Myanmar dan China. Nama saintifik bagi petola bantal ialah Luffa aegytiaca dalam keluarga Cucurbitaceae. Petola bantal disebut Egyptian Luffa dalam bahasa Inggeris dimana pokoknya tumbuh degan menjalar dan mampu menjalar jauh dari bahagian akarnya. Pada penulis blog bagi tujuan menanam pokok petola bantal ini memang ianya perlukan sokongan seperti kayu pancang atau tali yang kukuh untuk membolehkan ianya menjalar secara teratur dan kemas. Pokok petola bantal adalah jenis dwijentina di mana setiap batang akan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina. Bunganya berwarna kuning terang dimana ia menarik serangga pembantu pendebunga untuk datang. Kepada mereka yang ingin mengetahui yang mana bunga jantan dan mana bunga betina perlu meneliti dan harus melihat bahawa bunga jantan hanya bunga sahaja manakala bunga betina pula mempunyai bebola panjang yang akan membesar menjadi buah (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya terdapat dua jenis pokok petola bantal iaitu Jenis Petola Bantal Biji Hitam dan Petola Bantal Biji Putih. Bagaimana pun di Malaysia lebih banyak jenis yang ditanam ini iadalah petola bantal jenis biji putih. Jenis ini mudah ditanam dalam tanah biasa dengan keadaan musuh dan perosak yang agak kurang dan mudah mendapatkan benihnya daripada kedai pertanian.
Tanaman Petola Bantal yang subur akan mula berbunga dalam masa 3 bulan dan buahnya boleh dituai mengikut indeks kematangan. Apabila dilihat kuit luar petola bantak sudah matang a berwarna hijau terang dan berjalur-jalur sedia untuk dipetik (Sila anda lihat foto disebelah). Gunakan pisau tajam untuk memotong tangkainya dan elakkan dari berlaku kecederaan pada pokok yang menjalar ini. Beginilah buah petola bantal yang dituai kemudian ia perlu dibersihkan dan digredkan sebelum dijual atau dimakan sndiri. Dari pengalaman penulis blog mendapati buah petola bantal yang masih muda sesuai dimasak sebagai sayuran tulis atau sup etola. Selalunya ia dicampurkan dalam sup yang berasaskan ayam, ikan atau daging. Ia juga boleh dimasak tumis dengan sedikit kuah dimaa pengalaman penulis ianya memang sedap dan menyelerakan terutama ketika perut lapar dan makan dengan percuma. Dalam pada itu erdapat juga ramai dikalangan kita yang tidak suka menanamnya kerana jenis pokok menjalar dan kelihatan tidak sesuai untuk landskap ktika pokok sudah tua dan kering. Bagaimana pun jika diurus dengan baik ia sangat sesuai dijadikan dekorasi laman rumah sendiri. Lebih cantik apabila pokok petola bantal ini disusunrapi apabila iai menjalar pada pagola ditepi rumah disamping pokok menjalar yang lain. Buahnya bukan saja boleh dimakan tetapi juga berfungsi cantikkan laman anda. Daripada pemerhatian penulis blog berpendapat dimana penanaman petola bantal untuk tujuan landskap dan komersil boleh dilakukan semua pembaca blog ini.




