Posted in

Petua Untuk Gadis

1.Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi
kembang. Liang kewanitaan sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat – urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang kewanitaan.

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang kewanitaan kurang bersih (semakin banyak
‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan
liang kewanitaan)

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai
penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *