
Dalam mana banyak testimoni bahawa pucuk beti mampu merawat demam denggi terdapat banyak cara mengambilnya. Cara untuk menyediakan air daun betik untuk demam denggi dengan mengambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda (Sila lihat foto disebelah). Ia kemudian dibuang semua urat daun yang kasar dimana kalau rajin buang juga urat daun yang halus juga. Sebaiknya hanya perlukan bahagian daun hijaunya sahaja. Kemudian dibersihkan daun tersebut dan ia dikisar dalam blender dengan segelas air. Larutan ini kemudian perlu dipanaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu sahaja. Sebaiknya jus ini diminum sesudah air itu sejuk secara semula jadi dan sebagai ingatan jangan minum dengan ais. Kepada mereka yang inginkan kesan terbaik perlu sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus tetapi perlu diingat rasa pahitnya bukan main. Kepada mereka yang ingin untuk mencubanya boleh mengambil pucuk betik dan bersihkannya dengan air bersih. Kemudian dikeratkan sepanjang 1 cm dan ianya dimasukkan sebanyak 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk dan rebuskan untuk selama 30 minit. Seterusnya air boleh diasingkan daripada pucuk betik dimana ia sudah sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau semasa ia masih lagi suam-suam. Amalkan aktiviti ini untuk jangkamasa sesuai sehingga penyakit tersebut hilang.

Dalam pada itu perlu diingatkan keseluruhan pokok betik boleh dimanafaatkan. Anda boleh menafaatkan bahagian pucuk betik, bunga betik, daun betik, air daun betik, bunga betik jantan, air pucuk betik dan sebagainya. Bagi manusia lazimnya ada kebaikan dan keburukan memakan pucuk betik. Selain daripada didakwa mampu menghilangkan darah tinggi makan pucuk betik ianaya jyga didakwa boleh juga untuk melancarkan percernaan. Juga dinyatakan dimana ia boleh dijadikan ubat darah tinggi dengan pucuk betik serta dijadikan sebagai ubat gastrik. terdapat petua dimana daun betik yang diberikan kepada ayam kampong disekeliling rumah dikampong amat baik untuk memberikan kesihatan kepada ayam tersebut. Pada penulis blog pokok betik ini dari buahnya yang masak dan buah muda sampai ke akar dan pucuk memang boleh dimakan dan dijadikan ubat. Dari beberapa temuan kebiasaanya dikampung ramai telah menjadikan betik ini salah satu buah yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Sama ada pembaca blog percaya atau tidak, pucuk betik mampu merawat darah tinggi, baik dalam penghadaman, airnya direbus dan diminum dijadikan amalan. Mereka yang hendak mengamalkan sebaiknya menanam pokok betik disekeliling rumah dan ia memudahkan untuk mendapatkan bekalan harian.

Bunga betik lazimnya ada 3 jenis iaitu Bunga Hermaprodite, Bunga Betina dan Bunga Jantan. Pemerhatian penulis mendapati akan ada pada pokok jantan dan betina, tetapi hanya pokok betina sahaja yang akan mengeluarkan buah. Sebaiknya jangan pelik kalau anda tanam pokok betik berbunga bukan main lebat, tapi tidak berbuah itu tandanya pokok itu adalah pokon betik jantan (Sila lihat foto disebelah). Bunga betik jantan ni kebiasaanya akan direbus terlebih dahulu sebelum dibuat ulam atau dijadikan kerabu bunga betik. Daun betik mampu meredakan penyakit denggi dengan cara mengambil dua atau tiga helai daun ditumbuk sehingga daun mengeluarkan jus pekat kemudian bancuh dengan segelas air dan minum, dengan izin Allah akan sembuh. Ianya juga sangat bagus untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, membuang toksik dalam badan serta mampu menjadi awet muda. Bunga betik memang sungguh berkhasiat tetapi secara jujurnya ia amat sukar untuk dimakan sebab pahit. Bagaimana pun jika rebus dan makan pucuknya ia mampu menambah selera makan. Mana tidakanya ada pula sambal belacan memang bertambahlah selera dimana berpinggan tambah nasi.

Khasiat Jus Buah Betik memang sering diperkatakan oleh ramai penggemar minuman jus buah-buahan. Dari segi kesihatan ia mampu untuk merendahkan tekanan darah tinggi serta mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis (Sila lihat foto disebelah). Didakwa juga dimana jus betik mampu untuk menghilangkan rasa sakit kepala atau masaalah seperti migrain dan ia mampu untuk menambah selera makan. Ia juga amat baik untuk melegakan gastrik serta baik untuk penghadaman. Bagi semua orang jus betik juga menjadikan anda awet muda jika rajin makan. Ia sama juga dengan jus daun betik sebab rasa yang pahit akan menyembuhkan banyak penyakit. Jus ini juga didakwa mampu melegakan pesakit yang terkena virus denggi. bagi wanita ianya membantu menjarakkan anak secara semulajadi dan mampu menambah kepekatan susu ibu. Ia jjuga didakwa menghilangkan sakit atau pedih perut. Seterusnya buah betik juga boleh dikatakan akarnya pun dapat berguna, tempoh hari ada jiran datang rumah ambil akar betik. Pokok betik mudah ditanam daripada bijinya yang diambil daripada betik matang yang boleh didapati daripada pasaraya atau pasartani. Buah ini dibelah dan diambil bijinya iaitu bahagian tengah buah. Biji ini kemudian dijemur dan di semai sehingga bercambah. Apabila sesuai saiznya boleh dialihkan keladang atau lokasi penanaman disekeliling rumah yang sesuai. Pokok ini perlu disiram dan dibaja dan kawalan perosak dan penyakit. Sebaiknya pokok betik yang tidak menggunakan sebarang racun kimia amat baik untuk ianya dijadikan ulam. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada semua. Sila baca sama artikel Part 1 dengan tahjuk sama. Wasallam!!!.

POKOK BETIK …. ADA PUCUKNYA…
BUNGA BETIK… JANTAN BERGUNA…
DIJADIKAN ULAM… ADA CARANYA…
BANYAK KHASIAT… SIHAT JADINYA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(13 Januari 2018).