Okay meh basah tekak dengan puding pulak la eh…mmg tekak Ummi rasa nak makan yang sejuk2 je..kena flu kelmarin…alahaiii…Resepi ni jumpa masa browse internet n duk klik kat Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia..jumpa lak resepi ni..tapi dah adjust sikit ikut citarasa Ummi..dah lama simpan…asyik lupa je nak buat..Bahan:- (loyang 7 x 7 in)
-
30 gm mentega – untuk disapu pada roti
-
8 keping roti putih/Gardenia – x buang kulit tepi pun xpa
-
3/4 cawan nenas dalam tin – cincang
-
4 sudu besar gula halus
-
secubit serbuk kayu manis
-
2 biji telor dipukul ringan
-
1 sudu teh esen vanila
-
1 3/4 cawan susu cair – ummi guna fresh milk
-
1 cawan nanas + jus yang dikisar halus
Cara-Cara:-
-
Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sedikan loyang yang disapu marjerin.
-
Roti disapu mentega dan dipotong dua bentuk tiga segi.
-
Susun roti satu lapisan dalam loyang dan taburkan nanas cincang, serbuk kayu manis dan gula halus.
-
Dalam mangkuk lain, campurkan telor, esen vanila, susu dan nanas kisar.
-
Tuangkan campurkan tadi ke atas roti dan biarkan terendam sebentar selama 5 minit.
-
Kemudian baru lah dibakar selama 35 – 40 minit/hingga perang.
Bahan Sos:-
-
1 1/2 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
-
1 sudu besar tepung kastad
-
4 sudu besar gula
-
1 sudu teh esen vanila
Masak bahan di atas hingga pekat. Sejukkan. Tuangkan ke atas puding yang telah dipotong semasa menghidang.