Seluruh dunia terkejut apabila tentera rejim Israel menyerang konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diperairan antarabangsa. Dunia dan kita terkejut bukan kerana serang ganas rejim Israel, tetapiunia terkejut melihat pemimpin negara umat Islam baru mengetahui betapa ganasnya rejim Israe dl. Betapa selama ini para pemimpin negara umat Islam yang mengaku sebagai penganut Islam baru bangun dari tidur. Tidakkah ini amat-amat memalukan?.
Dr. M sendiri mengecam tindakkan ganas rejim Israel itu, tetapi apakah jasa yang beliau lakukan semasa menjadi PM Malaysia?. Dunia pun tahu kecaman keras terhadap rejim Israel di tahun terakhir beliau menjawat jawatan PM sebelum diserahkan pemerintahan Malaysia kepada Pak Lah.
Kenapa semasa beliau dipuncak kekuasaan, beliau tidak berani melakukannya?. Malah beliau sendiri membenarkan pasukan kriket memasuki Malaysia dan memenjarakan ketua/timbalan pemuda PAS yang melakukan demo terhadap kerajaan pimpinannya. Inilah sikap beliau yang sanggup memenjarakan rakyat sendiri semata-mata untuk menjaga hati pihak rejim Israel.
Beliau juga telah menolak firman Allah s.w.t didalam Al-Quran yang terang dan nyata bagaimana bangsa Yahudi adalah bangsa yang dilaknati oleh Allah s.w.t. Dr. M merasakan yang beliau lebih bijak daripada Allah s.w.t. dengan membawa masuk sekumpulan remaja Yahudi ke Malaysia untuk menunjukkan kepada bangsa yang dilaknati itu bagaimana harmoninya kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.
Beliau merasakan yang remaja Yahudi tersebut akan pulang ke negara haram mereka dan memberitahu kepada pemimpin-pemimpin mereka agar dapat melakukan perkara yang sama dalam menjalani kehidupan sama antara rakyat Palestin dan bangsa Yahudi. Apakah Dr. M dapat mengatasi apa yang telah diterangkan oleh Al-Quran?. Kita sebagai rakyat Malaysia patut merasa malu kerana memiliki pemimpin seperti itu yang merasakan mereka lebih mengetahui dan lebih bijak daripada Maha Pencipta.