INDUSTRI TERNAKAN BURUNG WALET merupakan satu industri yang kini mendapat perhatian ramai pihak sama ada usahawan tempatan dan juga kerajaan. Pada masa ini ada kaedah ternakan dengan pembinaan rumah burung walet dengan meluas dibina diseluruh negara bermula dengan rancak selepas peristiwa Tsunami di Acheh kerana banyak burung dari negara tersebut yang berpindah ke Malaysia dari beberapa kenyataan jurnal yang penulis blog rujuk. Pada masa ini terdapat lebih daripada 22,000 buah rumah burung walet yang direkodkan diseluruh negara dari yang bersaiz kecil sehingga yang besar dan komplikated. Sarang ini dibina didalam bandar, pinggir bandar, dikawasan kampong lama sehingga didalam ladang-ladang kelapa sawit. Sistem penternakan dalam rumah ini mempunyai pelbagai keperluan asasi bagi burung walet menetap didalamnya termasuk dengan selesa dan selamat (Sila lihat foto diatas). Ini juga termasuk kayu kukuh yang disusun dibahagian bumbung rumah walet untuk dia bina sarangnya dan kolam air untuk memberi keselesaan dan sistem pengudaraan yang lebih sempurna. Dipasang juga sistem bunyi yang mana ia boleh menarik burung walet untuk masuk kedalam rumah yang baru dibina. Produk sarang burung walet kini dijual dengan purata diantara RM800 – RM5,000 sekilogram bagi produk berkualiti mengikut gred. Penulis blog yang banyak kali ada membuat lawatan pemantauan kerumah-rumah burung walet mendapati ia dikawal dengan baik oleh pemiliknya dengan memasang ciri keselamatan daripada gangguan perosak dan manusia. Antara ciri keselamatan seperti memasang pagar keselamatan dan pintu kebal serta kamera CCTV lengkap. Apa pun artikel malam ini sambil menonton TV Astro 801 Sukan Komanwell Gold Cost 2018 saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai beberapa info asas komponen untuk sarang burung walet bagi dijadikan bahan bacaan dan juga bahan rujukkan anda semua.
Selain itu penting diadakan komponen lain iitu Lubang Ventilasi. Lubang ini adalah lubang pengudaraan dimana ia perlu juga dipasang di dalam rumah walet untuk memastikan peredaran udara di dalam rumah untuk kesihatan dan keselesaan burung walet. Lubang ventilasi dapat dibuat dari paip PVC berbentuk ”L” atau sesuai dengannya (Sila lihat foto disebelah). Lubang ventilasi perlu ditutup dengan jaring-jaring halus supaya binatang lain tidak boleh masuk menganggu burung-burung walet. Sebaiknya paip L yang dipasang menghadap ke bawah supaya sinaran cahaya tidak menganggu burung-burung walet didalam rumahnya, Paip PVC ini boleh dipasang dengan jarak setiap 5 meter atau mengikut keperluan rumah. Selian itu disebabkan juga sarang burung walet sangat berharga di pasaran maka ada kejadian kes dimana pencuri suka mencerobohi rumah walet. Perlu dipasang sistem pagar kuat dan tinggi patut didirikan di sekeliling rumah walet. Ada setengah pengusaha burung walet mengorek parit yang sungguh dalam di luar pagar juga. Bagi tujuan itu penulis blog dapati pngusaha menggunakan pintu besi dengan melebihi 5 jenis kunci pintu berjenama yang taha lask. Selin itu sesetengah pengusaha telah memasang CCTV yang membolehkan pengusaha memantau menggunakan Hand phone shaja setiap masa. Kes mencuri ini membolehkan pengusaha kerugian banyak dan ia perlu dikwal oleh pengusaha melalui lawatan pemantauan selalu kerumah sarang burung walet. Semuga artikel ini memberi info kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!…
RUMAH WALET… ADA KOMPPONENNYA…
LANTAI DISIMEN… BINGKAI DIDALAMNYA…
PLAT ALUMINIUM… TAHAN STRUKTURNYA…
MEMBACA ARTIKEL… DAPAT ILMUNYA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(25 Rejab 1437H).





