Untuk edisi pengenalan ini, saya cuma mahu berkongsi tentang apa yang bakal anda temui dan peroleh di blog “petua sejagat“ ni.
Seperti yang anda tahu, telah wujud pelbagai blog atau web yang berkisar tentang “petua” ni, ye tak?
Kenapa pula saya nak juga buat blog pasal petua ni?
Baiklah, jawapannya mudah saja. Antaranya:
1. Memeriahkan lagi dunia blogging di Malaysia terutamanya tentang “petua”.
2. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Lain orang lain caranya;p
3. Mempelbagaikan pencari maklumat tentang “petua”.
4. Supaya tak lupa apa yang telah diperhati, ditanya, diamalkan dan dibaca.
Apa yang boleh anda harapkan di sini?
Jika nak disenaraikan satu persatu, mungkin agak panjang. 7 hari 7 malam tak habis whoo. Jadi sebagai “teaser” untuk anda saya sentuh sikit jelah yea.
———————————————————————————————————
Petua Tradisional, Petua Kesihatan, Petua Pelajar, Petua Penjagaan Diri dan Anggota Tubuh Badan, Petua Tenaga dan Kekuatan dan macam-macam lagilah.
———————————————————————————————————
Cuma saya harap, anda akan terus memberi sokongan tanpa jemu.
Petua, panduan atau tip akan ditulis seringkas yang boleh dan mudah difahami. Ok tak?
Ini kerana, tidak semua “petua” yang dikongsikan pernah saya “test”.
Contoh:
Kalau “petua suami isteri”, confirm saya tak pernah “test”.
Sebab apa pulak?
Sebab saya masih bujang lagi la. He…he..he;p
Tapi kenapa saya nak kongsikan juga?
Rugi tu kalau tak ambik peluang ni.
Atau bahasa standard zaman sekarang, “lu pikir sendiri la” a.k.a “sendiri mau ingat la”.
Ahaah! Saya harap kita dapat bertemu lagi pada post akan datang. Jika terkasar bahasa atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf yea.
Sekian, wassalam.
Petua Sejagat