Dalam kejadian pada 11 Mac lalu, Gardell Martin ditemui tersangkut pada dahan pokok oleh seorang jiran hampir 400 meter daripada tempat dia terjatuh di sebatang sungai di sini.
Pasukan ambulans yang tiba tidak lama selepas itu mula memberi bantuan pernafasan selepas gagal mengesan denyutan nadi kanak-kanak berkenaan.
Keadaan dikenali sebagai hipotermia itu bagaimanapun dilihat membantu menyelamatkan nyawanya dengan mengurangkan kerosakan organ dalaman. Sekumpulan 30 doktor dan jururawat meneruskan bantuan pernafasan sambil memanaskan badan Martin kepada 28 darjah Celsius sebelum berjaya mengesan denyutan semula.
Berdepan harapan tipis, jantung kanak-kanak itu kembali berdenyut dan beberapa jam kemudian Martin mula sedarkan diri tanpa sebarang kecacatan otak yang kekal, satu kejutan besar kepada doktor yang merawatnya. �Ini satu keajaiban daripada Tuhan, tiada kesangsian lagi.
Tuhan telah bawa orang yang tepat di tempat dan masa yang betul dan mereka semua menjalankan tugas dengan hebat sekali,� kata ibunya, Rose Martin. �
