Kejadian serangan senjata api yang semakin berleluasa berlaku di Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini telah memberi idea kepada sebuah syarikat untuk mencipta pad kalis peluru bagi melindungi kanak-kanak di sekolah.
Pad Bodyguard Blanket ciptaan syarikat ProTecht didatangkan dalam pelbagai saiz bagi membantu kanak-kanak melindungi diri mereka apabila berlaku kejadian tembakan.
�Bodyguard Blanket mudah dipakai oleh kanak-kanak atau orang dewasa dan alat perlindungan ini sangat ringan.
�Apabila berlaku serangan, pad ini boleh memberi perlindungan pantas dan mampu memberi perlindungan maksimum daripada penceroboh di sekolah,� kata syarikat tersebut melalui laman webnya.
Pad berkenaan juga boleh memberi perlindungan dalam pelbagai keadaan termasuk di rumah, dalam kenderaan di jalan raya, tempat kerja, pusat beli-belah, taman permainan, tempat bersukan atau mana-mana lokasi tempat tinggal penduduk. � Agensi


