Siput gondang Emas (SGE) merupakan pemusnah senyap atau pembunuh senyap tanaman padi. Ini kerana dengan hanya lapan ekor �pembunuh senyap� ini sudah cukup untuk memusnahkan kawasan padi seluas satu meter persegi hanya dalam tempoh 24 jam sahaja dan bayangkan jika ia jumlahnya membabitkan ratusan atau ribuan ekor SGE. Masa dahulu pernah dilaporkan dimana makhluk perosak SGE ini menduduki carta kedua selepas perosak utama tanaman padi iaitu Tikus (Rattus argentiventer). Pernah ia dulu dikesan kehadirannya di Jelawat Rusa, Bachok iaitu di Kelantan pada 2010 sehingga memusnahkan tanaman padi seluas lapan hektar sekali gus dikawasan tersebut dan kemudidan musuh ini terus mengungguli carta sebagai ancaman tanaman padi sehingga kini. SGE menyebabkan kebimbangan penanam padi terutama dikawasan jelapang padi khususnya di kawasan pertanian seliaan Kawasan MADA, KADA dan semua IADA apabila pesawah perlu menanggung kos kerugian agak tinggi akibat serangan haiwan itu. Siput gondang emas (SGE) atau nama saintifiknya Pomacea spp dimana ia kini antara ancaman utama penanam padi di Malaysia. SGE sebenarnya dipercayai berasal dari kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Haiwan SGE yang juga sejenis herbivor dikatakan dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan hiasan dalam akuarium. Tetapi disebabkan kecuaian dan kelalaian manusia, ia dilepaskan ke longkang atau paya menyebabkan SGE cepat membiak, seterusnya merebak ke seluruh lokasi menerusi bawaan air seperti banjir hingga ke kawasan pertanian.
Lazimnya kerosakan tanaman padi bermula apabila SGE menyerang pangkal anak benih padi berusia kurang 21 hari selepas kerja menabur. Namun, serangan lebih teruk jika paras air di sawah melebihi satu sentimeter yang boleh mengakibatkan petani kehilangan 93 peratus hasil padi. Antara tanda serangan yang agak mudah dikesan apabila kelihatan tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh, kehadiran telur di batas sawah dan rumpai, kehilangan rumpun padi serta daun padi terapung di permukaan air. SGE juga memiliki keistimewaan tersendiri kerana ia boleh masuk ke dalam tanah sedalam tiga meter, mampu hidup selama tiga tahun tanpa air serta boleh bertelur sehingga 8,000 biji sepanjang hayat dengan setiap kantung telur mengandungi 200 hingga 300 biji telur (Sila lihat foto disebelah). Di IADA Kemasin Semerak dilaporkan dimana sejak SGE dikesan pada 2010 pesawah-pesawah dikawasan ini telah melaksanakan program pembasmian menerusi gerak kerja gotong-royong bersama petani dengan aktif setiap musim. Sehingga kini seramai 2,166 pesawah di bawah IADA Kemasin Semerak terlibat mengawal SGE.
Kawalan SGE terbahagi kepada empat kaedah iaitu kawalan kultura dan fizikal yang membabitkan kerja mengutip serta memusnahkan telur dan siput apabila pancang kayu diletakkan di kawasan perhatian siput sebagai umpan tempat bertelur. Kaedah mekanikal dengan memasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput masuk ke sawah, Kaedah biologi ternakan itik khaki campbell dan muscovy sebagai agen kawalan yang akan memakan telur serta siput. Manakala kaedah kimia dilakukan menerusi penggunaan beberapa jenis racun disyorkan untuk kawalan SGE seperti niclosamide dan saponin. Kerajaan ada pelbagai aktiviti seperti melaksanakan aktiviti gotong-royong membasmi SGE dengan tawaran RM1 bagi satu kilogram (kg) setiap kutipan siput dan RM3 per kg (telur siput) oleh jabatan berkenaan (Sila lihat foto paling bawah). Seorang pesawah bernama En Zakaria dari Kampung Pulau Lima mendakwa daripada lima hektar tanaman padi diusahakannya apabila separuh hektar musnah selepas dimakan SGE menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM5,000. Walau pun ada pelbagai kaedah dilakukan termasuk menabur garam kasar berdasarkan petua orang tua bagi mematikan haiwan perosak itu namun kurang berhasil malah semakin teruk. Apabila mengikuti program kawalan SGE anjuran IADA dan Jabatan Pertanian makan berlaku perubahan ketara apabila pembiakan siput semakin kurang. Siput SGE langsung tidak bernilai sekali pun dikatakan berkhasiat untuk merawat kencing manis. Kalau dahulu ancaman tikus didakwa musuh utamatetapi kini adalah ancaman siput gondang. Bila SGE muncul dan rakus memakan hasil tanaman padi kini ia telah menyebabkan kami kerugian ribuan ringgit. Serangan SGE ini dakwa pesawah agak sukar dibendung. Kini kira-kira 60 peratus daripada 15 hektar padi yang saya usahakan musnah dalam tempoh tidak sampai sebulan akibat dimakan siput berkenaan.
Salah satu pilihan pesawah adalah menternak Itik Jawa kerana kajian mendapati ia mampu mengatasi serangan siput gondang emas (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan teknologi menggunakan itik sebagai kaedah bagi tujuan mengawal populasi haiwan perosak siput gondang emas (SGE) akan diperluaskan di seluruh negara dalam usaha mengurangkan beban kos operasi petani yang meningkat. Daripada percubaan dengan menggunakan 300 ekor itik jawa di kawasan Projek Sawah Gemilang, Kampung Charuk Kering, Pendang, Kedah dilaporkan dimana ia berjaya mengawal hingga 100 peratus populasi siput itu jika dipraktikkan secara berterusan (Sila lihat foto disebelah). Siput SGE akan memakan biji benih yang ditabur di petak sawah diman ia juga menjadi satu lagi ancamannya sungguh besar kerana petani perlu menabur semula benih padi atau mengeluarkan ribuan ringgit untuk membajak semula sawah mereka. Apabila ada itik jawa dikawasan ia berjaya mengawal secara keseluruhan semua kawasan sawah maka pesawah tidak lagi terbeban dengan penggunaan racun kimia yang mahal dan berbahaya kepada alam sekitar, seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran hingga tujuh tan per hektar. Projek Sawah Gemilang di sini adalah projek bimbingan daripada Pejabat Pertanian daerahPendang dengan kerjasama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan jabatan dan ia melibatkan keluasan 30.83 hektar sawah dengan pembabitan 34 peserta sejak dimulakan pada penghujung 2016. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca Blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!…
ADA DUA JENIS… HITAM DAN EMASNYA…
ROSAKKAN PADI… IA AMAT MERBAHAYA…
PERLU DIKAWAL… ADA 4 KAEDAHNYA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 411, Starcity Hotel,
Jalan Pintu Sepuluh,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(22 JamadilAkhir 1440H).







